Semalam, laman sosial menjadi tempat luahan kekecewaan kumpulan mahasiswa yang dikejutkan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baru di semua institut pengajian tinggi seluruh negara pada saat-saat akhir.
Tidak sedikit yang datang dari jauh. Itu belum diambil kira berapa banyak kos yang telah dikeluarkan untuk membeli tiket pengangkutan, deposit rumah sewa dan lain-lain sebagai persediaan untuk memulakan semester baru.
Kerugian yang ditanggung, besar jumlahnya bagi golongan pelajar ini. Malah ada ayah yang terpaksa jual motor, untuk tanggung yuran pengajian anaknya.
Prihatin dengan nasib mereka, ramai yang tampil menghulur bantuan kepada mahasiswa terjejas sehingga #RakyatJagaRakyat dan #SiswaJagaSiswa menjadi trending di Twitter.
Ada yang offer tempat tinggal sementara, bekalan makanan buat mengisi perut lapar, selain wang ringgit bagi meringankan beban anak-anak siswa ini.
Dari tadi susurmasa penuh dengan bantuan untuk pelajar IPT yang sedang dihimpit masalah. Untuk memudahkan, izinkan saya kumpulkan link bantuan yang ditawarkan. Sila sambung andai anda jumpa link yang lain. Bismillah.
— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) October 2, 2020
Ada lagi ke students yg tengah takde duit makan? Saya tak dapat nak tolong banyak tapi akan cuba. Mana² yang memerlukan, DM lah ya. InSyaaAllah, saya cuba bantu.#TolongSiswa#RakyatJagaRakyat
— akubukansiapa02 🏴 (@akubukansiapa02) October 2, 2020
https://twitter.com/ZairiLatif/status/1312251310180192256
https://twitter.com/syfqhsmgn/status/1312250899331387392
Hi and good day. Kalau ada students yang sangkut tak kat Melaka yang tak dapat nak balik or takde tempat nak lepak sementara tunggu untuk balik. Takde la banyak boleh bantu tapi ada la. Boleh dm ya. Anyone reading this, pls share.#RakyatJagaRakyat #SiswaJagaSiswa
— Icapapapapap (@icapapapapap) October 3, 2020
If ada students yang betul2 perlukan duit untuk makan harini boleh DM saya🤗 Saya cuba bantu mana yang boleh. #RakyatJagaRakyat #TolongBantuMahasiswa
— Zulaikha 🇲🇾 (@zulaikhadbh_) October 3, 2020
Malah, beberapa inisiatif crowdfunding yang dibuat di media sosial juga berjaya mendapat sasaran kutipan diperlukan hanya dalam tempoh yang singkat.
Yeay!
Sasaran kutipan RM50,000 atau lebih tepat RM51, 145.92 berjaya dicapai dalam masa 3 jam sahaja!
Kutipan sudah DITUTUP.
Terima kasih semua penderma. Orang Malaysia memang power! pic.twitter.com/AQ52FZksTJ
— Parti MUDA (@partimuda) October 2, 2020
Update perkembangan sumbangan yang saya telah lancarkan malam tadi.
Sehingga pagi ini, sebanyak 3695 permohonan diterima daripada anak siswa.
Manakala sebanyak RM 43,998.29 telah disumbangkan oleh orang ramai. pic.twitter.com/pLvAVZkaHK
— Maszlee Malik 🏴🇲🇾 (@maszlee) October 3, 2020
Sebenarnya terlalu banyak bantuan yang ditawarkan, boleh kata Twitter kini dibanjiri ribuan bantuan dari orang ramai yang bermurah hati ingin membantu semampu mereka — secara tidak langsung, membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib pelajar ketika ini.
why i rasa so sebak with this #siswajagasiswa and at the same time i'm very proud! ✨
— bella 🇵🇸 (@amberylsco) October 3, 2020
https://twitter.com/anisnadhira_/status/1312257264628035585
My heart goes 🥺 seeing all these kind people offering ftee stays to stranded university students #RakyatJagaRakyat
— Labu & Labi (@Kath_Suphaphant) October 3, 2020
hati tersentuh akan keprihatinan dan kasih rakyat Malaysia yg offer transportation/penginapan percuma kepada students yg terkandas kat mana2..
Rakyat truly jaga rakyat.#JanganPolitikkanHashtagRakyat
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) October 2, 2020
Teruskan usaha ini rakyat Malaysia, sebab siapa lagi akan jaga kita kalau bukan kita sendiri. Kita Jaga Kita, kan?
Baca: “Ayah jual motor nak bayar yuran pengajian”- Pelajar Luah Rasa Kecewa Dengan Keputusan KPT