in

“Ustaz kau tu kerja cakap benda bodoh je dekat TV” – Sebab Tweet Pasal Aktivis Transgender, Lelaki Ni Kena Bash Teruk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki kena hentam dengan netizen dekat Twitter lepas dia tweet pasal aktivis transgender dua hari lepas. Baru-baru ni, aktivis transgender telah diberi peluang untuk muncul dalam program TV.


“Aktivis ‘transgender’ diberikan ruang siaran TV untuk menyebarkan tentang budaya hidup mereka.”

Lelaki ni bengang dan persoal kenapa mereka yang berstatus transgender diberi peluang sebegitu sedangkan beberapa orang pendakwah disekat daripada muncul di kaca TV.

Sumber: Twitter

“Para asatizah dan penceramah yang lantang menyuarakan kebenaran pula disekat dan tidak dibenarkan bersiaran di kaca TV.”

“Adakah ini Malaysia Baharu?”

Bukannya dapat sokongan tapi sebaliknya lelaki ni dihentam balik oleh netizen sebab actually dia yang tak get the point. Aktivis transgender tu sebenarnya muncul dalam program TV sebenarnya untuk kesedaran mengenai AIDS, bukannya menggalakkan LGBT.

Sumber: Twitter

Netizen yang baca posting lelaki tu kebanyakannya annoyed dan ‘fire‘ dia balik sebab main sebarkan kebencian tanpa usul periksa.

“Bukan pasal identiti mereka ni yang patut jadi isu, mesej dan ilmu disampaikan tu yang patut lebih difokuskan. Bilalah orang Malaysia nak belajar.”

Sumber: Twitter

Tapi, ada juga setuju dengan lelaki tu dan berpendapat yang sepatutnya panel jemputan haruslah dalam kalangan orang yang lebih arif tentang hal dibincangkan. Seorang netizen turut pertikai pemakaian aktivis tu.

“Boleh je cakap pasal pencegahan… tapi pasaipa kena pakai macam perempuan?”

Apa pendapat korang tentang isu ni? Ce komen sikit….

Baca: “Nak buang dalam you punya boleh?” – Kena Hentam Sebab Viralkan Mesej Lucah Gay Dekat Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.