in

“Tiada niat timbulkan sebarang kontroversi” – Isu Babak Songsang, Produksi Drama Madu Atau Racun Mohon Maaf

Madu Atau Racun Mig Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Drama bersiri lakonan Aliff Aziz, Elisya Sandha serta Uqasha Senrose kini hangat diperkatakan susulan timbul isu mengenai naskhah terbabit didakwa memaparkan unsur budaya songsang.

Drama yang sedang ditayangkan menerusi plaftform penstriman itu kini mendapat perhatian menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menyuarakan pendirian tegas terhadap penayangan drama Madu Atau Racun serta menolak perkara yang menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.


Susulan kontroversi yang berlaku, syarikat produksi MIG Production House tampil membuat permohonan maaf berhubung penayangan drama berkenaan.

Artikel berkaitan: “Nak tunggu azab baru nak sedar?” – PU Amin Seru Boikot Drama & Filem Ada Unsur Budaya Songsang

Artikel berkaitan: “A story is more than just a story” – Elisya Sandha Tampil Bersuara Isu Drama Didakwa Ada Unsur L*BT

MIG dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil maklum mengenai isu berkenaan dan mengambil teguran yang diberikan secara terbuka.

“Kami mengambil maklum terhadap isu yang sedang tular dan telah menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat dengan babak yang dilihat agak keterlaluan untuk ditonton
secara umum.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tiada niat sama sekali untuk menyentuh, memperlekehkan atau menimbulkan sebarang kontroversi dengan sengaja.”

“Kami memohon maaf dan menghormati pandangan semua pihak dan akan memperbaiki karya kami yang akan datang dan seterusnya mengambil teguran ini sebagai satu pengajaran yang besar,” tulisnya.

792070342 18092605484272512 418986030389078082 N

Sementara itu, satu pertemuan melibatkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bersama bersama wakil MIG, iQIYI, CMCF, PFM dan PTVM diadakan petang ini bagi membincangkan isu tersebut.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.