in

Nak Cari Aktiviti Hujung Minggu? Pesta #UntukSemua Bakal Meriah Dengan Lebih 60 Reruai, Cabutan Emas & Selebriti!

Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang masih tak tahu nak buat apa hujung minggu ini, jangan risau. Ada satu acara yang bakal berlangsung selama tiga hari di IOI City Mall, Putrajaya.

Pesta #UntukSemua anjuran Bank Rakyat bakal menghimpunkan lebih 60 reruai, pelbagai aktiviti, makanan, hiburan dan tawaran kewangan dalam satu lokasi.


Acara ini akan berlangsung pada 25 hingga 27 September 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall.

Lebih 60 Reruai, Macam-Macam Ada

Whatsapp Image 2026 09 24 At 2.41.01 Pm

Untuk korang yang suka jalan-jalan tengok booth, Pesta #UntukSemua bakal menampilkan lebih 60 reruai yang merangkumi enam segmen.

Antaranya gaya hidup, makanan, automotif, perumahan, pelancongan serta kanak-kanak dan keluarga.

Antara jenama dan organisasi yang dijangka mengambil bahagian termasuk Machine, BMW, Jaecoo Jetour T2, Sime Darby Property, Proton e.MAS, Tabung Haji, Splash Mania, KFC, Pizza Hut, Timezone, Kahf, Najoua, Christy Ng dan banyak lagi.

Usahawan tempatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut diberi ruang untuk mempamerkan produk mereka dan memperluas jaringan dengan pelanggan serta komuniti.

Pengunjung Berpeluang Menang Emas

Whatsapp Image 2026 09 24 At 2.41.00 Pm 1 

Pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah harian dengan melakukan transaksi menggunakan Kad Kredit-i Bank Rakyat atau QRDuitNow untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk wafer emas 3 gram, wafer emas 1 gram, Baucar Habib Jewels RM500, Baucar IKEA RM50 dan barangan eksklusif.

Selain itu, pengunjung juga boleh cuba aktiviti seperti bengkel batik, kaligrafi Cina dan inai, permainan serta aktiviti mesra keluarga.

Ada juga UntukSemua Passport Challenge yang menawarkan peluang menebus hadiah selepas melengkapkan aktiviti di zon-zon terpilih.

Bukan Sekadar Shopping & Jalan-Jalan

Pesta ini turut mengetengahkan pelbagai solusi kewangan Bank Rakyat. 

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat berkaitan pembukaan akaun, permohonan pembiayaan serta perkhidmatan berkaitan emas.

Antara tawaran yang diketengahkan termasuk Pembiayaan Kenderaan-i (Elektrik) dengan kadar serendah 1.88 peratus setahun, Pembiayaan Perumahan-i dengan kadar serendah 3.85 peratus setahun serta pelan ansuran 0 peratus apabila menggunakan Kad Kredit-i Bank Rakyat.

Pengunjung juga boleh meneroka Akaun Pelaburan-i Rizq Plus yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menjadi jutawan.

Selebriti Popular Hadir Meriahkan Acara

Kalau korang datang sebab nak tengok persembahan dan personaliti popular, memang ada.

Antara selebriti, pempengaruh dan personaliti tempatan yang dijangka memeriahkan acara ialah Ustaz Don Daniyal, Datuk Seri Aliff Syukri, Jaclyn Victor, Thalita Shuib dan Santesh.

Selain itu, beberapa personaliti daripada bidang perniagaan, gaya hidup, fesyen dan hiburan turut dijangka hadir.

Kemuncak acara pada 27 September 2026 pula bakal menyaksikan pelancaran inisiatif #UntukSemua, yang akan diserikan dengan persembahan kebudayaan bagi mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff, setiap individu mempunyai aspirasi dan perjalanan kewangan yang berbeza.

“Di Bank Rakyat, kami percaya setiap individu mempunyai aspirasi dan perjalanan kewangan yang berbeza. Daripada simpanan pertama seorang anak dan pemilikan kediaman atau kenderaan, sehinggalah kepada keusahawanan, pelaburan serta perancangan untuk menunaikan ibadah, kami mahu memastikan Bank Rakyat sentiasa dekat dan bersedia menyediakan solusi yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

“Pesta #UntukSemua juga merupakan platform yang membolehkan Bank Rakyat mendekati masyarakat dengan lebih menyeluruh, bukan sahaja melalui solusi kewangan, tetapi juga menerusi peluang keusahawanan, jaringan strategik dan penglibatan komuniti. Kami mahu mewujudkan pengalaman yang membawa nilai kepada pelanggan, usahawan, rakan strategik dan Masyarakat secara keseluruh.”

Jadi, kalau korang tengah cari aktiviti untuk hujung minggu ini, boleh datang bersama keluarga dan rakan-rakan ke Pesta #UntukSemua pada 25 hingga 27 September 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.