in

Usik Wan Emir ‘Duduk Dekat Sikit Bang’, Ini 4 Momen Sweet Mira Filzah & Suami Ketika Majlis Pernikahan Semalam

Emiramirah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan sekali lafaz, Mira Filzah, 27, telah sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30 dekat sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, malam tadi.


Menurut Berita Harian, Mira Filzah atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezman dan Emir dinikahkan oleh bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik pada jam 8.58 malam. 

Majlis yang dilangsungkan dalam normal baharu itu juga disaksikan ibu pengantin lelaki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

Kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan teman rapat pasangan tersebut diundang untuk memeriahkan majlis yang disiarkan secara langsung di akaun Youtube TV3.

View this post on Instagram

Dengan Sekali Lafaz , @mfmirafilzah Sah menjadi isteri kepada Wan Emir ❤️ Live Update Majlis Akad Nikah @mfmirafilzah & Wan Emir ❤️ ⠀ Terbang tinggi burung tempua, Hinggap sebentar di atas dahan, Bagai pinang dibelah dua, Sama cantik samalah padan ⠀ Hari : 3 Sept 2020 (Khamis) Masa : 8.30 malam Tempat : Sime Darby Convention Centre ⠀ STRIM LIVE di YouTube TV3Malaysia Official bermula jam 8.30 malam ini dan MBuzz jam 9 malam di TV3. Dapatkan update terkini hanya di @dramasangat ⠀ Jangan ketinggalan untuk menonton liputan majlis perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir secara eksklusif di semua platform rasmi Media Prima. ⠀ #emiramirah #LiveUpdate #MiraFilzah #MiraFilzahWanEmir #dramasangat #dramasangatofficial #dssquad #tv3malaysia

A post shared by TV3 | NTV7 | TV9 Drama Squad (@dramasangat) on

Bagi korang yang terlepas menonton majlis pernikahan Mira dan Emir semalam, haa ini admin nak kongsikan beberapa momen sweet pasangan tersebut yang pasti buat korang cair dan menggigit jari melihatnya. Comel betul Mira dengan Emir ni tau! 

 

“Betul ke I love you, I love you more?” 

Mungkin ramai yang tak perasan momen sweet ni, tapi apa je yang netizen tak sempat rakam? Comel pulak tengok Wan Emir cakap I love you kat Mira Filzah, kan…

Love

 

“Dekat sikit bang” 

Mira Filzah sempat lagi mengusik suaminya untuk duduk dekat sikit semasa mereka di pelamin. Haa kan dah kena tegur dengan pengacara majlis! Hiks! 

View this post on Instagram

cr : @shalmaainaa

A post shared by ? C H i L L ? (@harajukuu.mf) on

 

“I ada flaws, please bimbing I…” 

 

“Macam tengah tengok drama” 

Apa-apapun admin ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mira Filzah dan Wan Emir. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Amin! 

Baca: “Seminggu dari tarikh majlis khatam quran” – Debaran Makin Terasa, Majlis Perkahwinan Mira Filzah Bakal Ada Live Telecast Dari Stesen TV!

Amirah Filzah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.