in

“Seminggu dari tarikh majlis khatam quran” – Debaran Makin Terasa, Majlis Perkahwinan Mira Filzah Bakal Ada Live Telecast Dari Stesen TV!

Mira Filzah Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan lagi rahsia, peminat dan netizen kini sudah mengetahui yang pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya iaitu Wan Emir Astar tidak lama lagi.


Lebih menambahkan debaran ialah apabila pelakon wanita ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada 28 Ogos 2020 lalu. Wah tak lama lagilah tuuu kan! 

Menerusi perkongsian snippet temubual MHI dengan Mira Filzah di Instagram, bakal menantu kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid ini berkata yang majlis perkahwinannya akan diadakan seminggu daripada tarikh majlis khatam Al-Quran tersebut. 

Uish, tak sampai seminggu lah maknanya. 

Yang lagi best, Mira juga memberitahu bahawa TV3 bakal mengadakan live telecast akan perkahwinan tersebut.

“TV3 akan jadi media rasmi, akan ada crossover secara langsung InsyaAllah.” 

Berikut temubual Mira bersama wartawan MHI:

Makin berseri-seri bakal pengantin kita ni ye! Semoga semuanya dipermudahkan. Aamiin! 

Baca: “Melepaslah nampaknya: – Anak YB & Seorang Arkitek, Lelaki Ini Didakwa Teman Lelaki Mira Filzah?

Wan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.