in

“Untung jadi anak VVIP” – Kes Langgar PKP, Nurul Zahid Dan Suami Didenda RM800 Tapi Ramai Tak Puas Hati

Feature 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru kecoh tentang isu anak ahli politik negara iaitu Nurul Zahid yang telah melanggar perintah kawalan pergerakan apabila dia dan suami keluar berdua. Padahal masa tu kerajaan cakap hanya seorang wakil keluarga je yang boleh keluar. 


Namun, pasangan suami isteri itu telah didenda sebanyak RM800 setiap seorang akibat kesalahan melanggar PKP, lapor Berita Harian.

Nurul 3

Hukuman denda itu telah dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini kepada Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Kedua-dua mereka telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Namun, hukuman itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen Malaysia sebab katanya denda tersebut tidak setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan.

Mesti RM800 tu dorang boleh bayar sekelip mata je. 

Rata-rata netizen tidak puas hati sebab katanya kalau rakyat biasa didenda sehingga RM1000 dan ada juga yang telah dipenjara sebab langgar PKP.

Nurul 1

Nurul 2

Namun, ada juga yang berpendapat mungkin sebab dia dah mengaku bersalah, jadi hukuman denda tersebut dikurangkan. Jadi, apa pendapat korang? 

Baca: “Report la polis” – Nurul Zahid Cabar Netizen Bila Dikecam Sebab Langgar PKP?

Nurul

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.