Sejak kes perceraian Fazura dan Fattah Amin ini menjadi sebutan, ramai pihak terutamanya rakan artis bersuara, mereka meluahkan rasa sedih melihat nasib mereka. Antaranya, Abby Abadi, Kak KM, Norish Karman dan ramai lagi.
Bahkan, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid atau lebih mesra dikenali sebagai Nurul Zahid turut menyatakan bahawa dia rasa ‘terkesan’ dengan kes penceraian mereka.
Artikel berkaitan : Tak Pernah Keluarkan Kenyataan Alasan Bercerai, Pemfitnah Fazura Bakal Disaman
Artikel berkaitan : “Jaga rumah tangga sendiri” – Netizen Tak Setuju Tya Arifin & Asyraf Khalid Ulas Isu Fattah & Fazura
Jelasnya menerusi Instagram, Nurul Zahid rasa terkesan kerana dia juga antara wanita yang pernah melalui proses cerai, suami meninggal dunia dan fasa-fasa perkahwinan yang mencabar.
“Walaupun BERKEMAMPUAN dan BERKEDUDUKAN yang tinggi dari suami, sebagai seorang wanita yang telah memilih seorang lelaki sebagai suami, kita perlu terima hakikat yang pertama bahawa pilihan untuk berkahwin itu adalah pilihan sendiri dan tiada paksaan.”
Jelasnya lagi, berkahwin atas dasar ego memang tak ke mana. Malah, katanya perkahwinan ini adalah satu fasa yang rumit dan indah.
“Bila jadi isteri, siapa kita berkawan pun akan mempengaruhi keperibadian kita sebagai isteri. Itu sangat penting. Kadang2 kita dapat nasihat yang salah dari kawan yang salah.”
“Apapun, semoga Allah menetapkan yang terbaik untuk Fattah, Fazura dan lil’ Fatima. Saya terkesan juga. Sedih sebab saya pernah melalui fasa perceraian sewaktu anak pertama saya Arjuna berusia 1 1/2 tahun dan seawal usia saya 27 tahun.”
Jelasnya lagi, ia adalah pilihannya untuk bercerai kerana merasanya dirinya masih muda, berkemampuan lebih daripada suami dan beberapa faktor penyumbang kepada penceraian. Tambahnya, tidak dinafikan bahawa ia adalah satu proses yang memeritkan.
View this post on Instagram
Nurul Zahid juga meminta orang ramai untuk doakan yang terbaik buat Fazura dan Fattah Amin dan biarkan mereka uruskan hal mereka sendiri.
Sumber : Instagram