“Report la polis” – Nurul Zahid Cabar Netizen Bila Dikecam Sebab Langgar PKP?

Jadikan sumber pilihan di Google
“Report la polis” – Nurul Zahid Cabar Netizen Bila Dikecam Sebab Langgar PKP?

Viral di media sosial apabila tindakan Nurul Zahid telah menjadi perhatian netizen kerana memuat naik bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Agama, Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam.

Bagi netizen, Nurul zahid telah dikatakan melanggar PKP dan ia menjadi pertikaian orang ramai.


 

Semua ini boleh dibuat melalui Video Call – Netizen

VcSumber: Instagram

Perkongsian dari Instagram miliknya itu di screecshot semula oleh netizen di Twitter.

“Sedangkan solat Jumaat pun sudah 4 minggu tak dibenarkan, inikan pula “… menyampaikan kegusaran dan kerisauan…” Harap kerajaan serius dalam melaksanakan PKP agar semua rakyat Malaysia tidak kira kedudukan dilayan sama adil.”

Ramai netizen yang mengkritik tindakannya itu, malah mereka juga mempertikaikan seolah-olah Nurul Zahid menggunakan ‘kelebihannya’ untuk keluar dari rumah.

Malah, rasa marah netizen membuak-buak apabila beliau beri respon netizen yang mempertikaikannya itu dengan mencabar mereka untuk buat laporan polis terhadapnya dan menegaskan bahawa beliau tak gentar kerana boleh beri kerja sama beri keterangan.

 

Report lah polis, saya cabar – Nurul Zahid

Vc7

Vc2 Vc3 Vc4 Vc5

Bagaimanapun, Nurul Zahid ada tampil memperjelaskan perkara sebenar, katanya beliau bukanlah swenang-wenangnya untuk keluar rumah. Ia atas dasar urusan rasmi, penjelasan itu dibuat melalui Instagram.

 

“Tiada siapa terlepas dari undang-undang…Atas sebab urusan rasmi “

Katanya lagi, dia akui tiada siapa yang boleh terlepas dari undang-undang, jadi beliau tidak gentar untuk beri kerjasama memberikan keterangan kerana perjumpaan itu adalah atas dasar urusan rasmi.

Dalam pada itu, beliau juga menepis dakwaan netizen yang kaitkan hal ini dengan politik, jadi beliau cabar mana-mana netizen yang mempertikaikannya melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa, bukan hanya ‘lantang’ di media sosial.

Hmm, kita pun jangan lah cepat buat andaian, ye dak?

 

Baca : “Ramai tak kisah you nak jadi pondan sampai mati” –  Nurul Zahid ‘Sound’ Sajat Minta Berhenti Cabar Kuasa Allah

Nurulzahid

 

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Mende?

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Report la polis” – Nurul Zahid Cabar Netizen Bila Dikecam Sebab Langgar PKP?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/report-la-polis-nurul-zahid-cabar-netizen-bila-dikecam-sebab-langgar-pkp/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen