Baru-baru ini, tular di Twitter berkenaan dengan kes seorang wanita yang dipercayai telah mendera haiwan yang dia adopt, menurut perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, ada beberapa ekor kucing mati di bawah jagaannya kerana diabaikan.
Dalam perkongsiannya itu juga, dilampirkan tinjauan kawasan rumah wanita tersebut yang dilihat sangat tidak terurus.
Kata individu yang merupakan seorang pengasas sebuah tempat perlindungan haiwan terbiar tempatan itu lagi, pihaknya menjadi mangsa penipuan wanita ini bersama pasangannya yang kononnya sudah berkahwin tetapi sebenarnya tidak.
Malah, mereka telah mengambil seekor anjing buta daripada pihaknya, dikatakan wanita itu tinggalkan anjing tersebut di rumah kawannya yang beragama Islam dan kawannya itu menghubungi pihaknya untuk mengambilnya semula.
Petik nama Zahid Hamidi untuk ugut orang?
Kata pengasas pusat perlindungan haiwan itu, mereka sudah hubungi wanita tersebut sejak beberapa bulan lepas, tetapi tidak berjawab. Malah pasangan ini juga telah menipu alamat rumah mereka,
“Bila saya berjaya hubungi wanita tersebut, dia kata boleh bercakap dengan Afiq (pasangannya), sebab mereka tengah nak ‘bercerai’. Rupanya mereka tidak pernah berkahwin dan wanita itu adalah wanita di bawah umur, pasangannya jauh lebih tua daripadanya.”
Namun begitu, dikatakan anjing buta itu telahpun berjaya diselamatkan oleh pihaknya.
Dalam perkongsian lain, selepas menerima kecaman, dikatakan pasangan scammer itu telah mengugut individu lain dengan membuat dakwaan kononnya Datuk Seri Zahid Hamidi adalah bapa tirinya.
Lebih berani lagi, dia siap tunjukkan gambar kad pengenalan Timbalan Perdana Menteri itu kepada mangsa untuk menguatkan lagi dakwaannya.
Kena sound dengan Nurul Zahid
Disebabkan itu, perkara ini telah mendapat perhatian anak kepada TPM tersebut, Nurul Hidayah yang juga dikenali sebagai Nurul Zahid untuk tampil menjelaskan bahawa dakwaan lelaki itu tidak benar sama sekali,
Menerusi satu video yang tular, Nurul Zahid telah memarahi dan menegur scammer berkenaan serta menggesa agar tidak menggunakan nama bapa kandungnya itu.
Hi about the recent post that afiq used Zahid Hamidi’s name as his stepdad to scare us, it is all a scam.
He told his friends that he is Zahid Hamidi’s stepson, but NURUL ZAHID herself has clarified that this is not true. pic.twitter.com/iuz7NlvdDS
— 💀(بلقيس)💀 (@nolongerskek) May 24, 2023
Berani betul guna nama yang bukan calang-calang orang eh, harap lepas ni nasib haiwan-haiwan dibawah jagaan mereka itu terbela.
Baca : “Kurus haiwan kat situ” – Keadaan Zoo Negara Sekarang Teruk Seakan Diabaikan?