in

Anak-anak Ahli Politik Beraksi, Yana Najib & Nurul Zahid Menang Jawatan EXCO UMNO

Anak Anak Menteri Plotik Menang Umno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam telah berlangsungnya pemilihan UMNO bagi EXCO Wanita, Pemuda dan Puteri di peringkat Pusat bagi sesi 2023-2026, serentak dengan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda serta Puteri Bahagian di seluruh negara.


Antara calon-calon yang mendapat perhatian ialah anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang berjaya mendapat tempat dalam barisan EXCO Wanita UMNO.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 5 petang semalam, anak Presiden UMNO itu telah memperoleh 132 undi dan berada di tempat kedua dalam 61 calon yang bertanding.

Nurul Hidayah menerusi posting di Instagram mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberinya mandat untuk menjalankan amanah tersebut dan beliau menyatakan kesediaan berkhidmat untuk parti berkenaan.

Yana Najib sandang jawatan EXCO Puteri 

Dalam pada itu, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa Najib juga beroleh kejayaan yang sama bagi jawatan EXCO Puteri.

Nooryana yang mesra dipanggil Yana telah berjaya memperoleh 149 undi dan berada di kedudukan kedua dalam 42 calon yang bertanding.

Yana menerusi Instagram rasminya telah meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan berterima kasih kepada pihak yang telah memberi sokongan kepadanya untuk mencapai kejayaan tersebut.

“Sekali lagi, Yana dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat Puteri UMNO, ahli keluarga, rakan-rakan, sukarelawan, dan pasukan kempen yang bekerja tanpa henti untuk memastikan kejayaan kita. Dedikasi, kerja keras, dan pengorbanan anda sangat dihargai.

“Banyak yang perlu kami laksanakan sekiranya Puteri UMNO ingin memainkan peranan untuk mengembalikan sokongan anak muda kepada parti yang kita cintai. Puteri perlukan segala idea dan bakat adik-adik Puteri.

“Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen and the work starts NOW. InsyaAllah Yana tidak akan mengecewakan anda, dan Yana akan sentiasa bersama anda,” tulisnya.

Anak lelaki Najib kecundang pemilihan UMNO

Walau bagaimanapun, berita sedih buat seorang lagi anak Najib, Mohd Nazifuddin Najib yang tewas dalam merebut jawatan naib ketua Pemuda UMNO.

Meskipun kecewa, Nazifuddin berkata dia menerima kekalahan tersebut dengan terbuka dan terus bersama dengan UMNO.

Walaupun saya kecundang di peti undi, saya seru sahabat dan rakyat menerima qada’ dan qadar (ketentuan) ini dengan hati terbuka serta matang. 

“Saya mengajak semua untuk menyokong pihak menang agar segala perubahan bakal dilaksanakan mampu menambah baik Umno itu sendiri,” tulisnya di Facebook.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Bismillahhirrahmannirrahim..SEGALA PUJI KEPADA ALLAH…

Posted by Nazif Najib on Saturday, March 11, 2023

Dalam pada itu, Nazifuddin juga katanya bertanding jawatan ketua UMNO Langkawi yang mana pemilihannya akan diadakan pada 18 Mac depan.

Tahniah kepada mereka yang telah merangkul jawatan dan bagi yang kalah, cuba lagi pada pemilihan akan datang. 

Baca: “Allah sayang mereka yang diuji” – Nurul Zahid Berlapang Dada Dengan Kritikan Netizen Isu Najib Dipenjara

Nuurl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.