in

Malaysia Dijangka Catat Kematian Covid-19 Sebanyak 26,000 Menjelang September – Kajian

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Malaysia telah mencatatkan jumlah kematian tertinggi Covid-19 sejak pandemik ini bermula iaitu sebanyak 126 kes.


Namun, menurut Anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Adeeba Kamarulzaman, kajian menemui berdasarkan peningkatan semasa, kes kematian Covid-19 di negara ini mungkin akan mencecah sehingga 26,000 menjelang September nanti.

Anggaran angka ini sekurang-kurangnya sembilan kali ganda daripada jumlah keseluruhan kematian terkini iaitu 2,993 setakat ini, lapor FMT.

Dr Adeeba mengatakan, kajian yang dijalankan oleh Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) University of Washington di Amerika Syarikat ini juga menjangkakan yang kadar kematian harian akan meningkat sehingga 200 kes menjelang akhir bulan Ogos nanti.

Covid-19 akan menjadi kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas serangan jantung.”

Mayat Covid E1621422115704 1

Laman web IHME mengatakan, anggaran ini telah mengambil kira enam perubahan punca kematian yang telah berlaku sejak pandemik ini bermula.

Ini termasuklah jumlah kes kematian disebabkan jangkitan Covid-19, peningkatan kematian disebabkan penangguhan penjagaan kesihatan, peningkatan kematian disebabkan oleh kesihatan mental dan jumlah kematian yang menurun kerana kes kemalangan yang menurun disebabkan sekatan pergerakan.

Faktor lain termasuklah pengurangan kes kematian disebabkan oleh penyebaran virus lain dan penurunan kes kematian pesakit-pesakit kronik seperti kardiovaskular yang meninggal lebih awal disebabkan oleh Covid-19.

Ketika PKP ini kita perlu berfikir dan membuat rancangan strategik dan membuat perancangan di masa hadapan sementara menunggu pelaksanaan vaksin sepenuhnya. Saya tak rasa kita mampu untuk hadapi PKP 5.0 pula.”

Pucuk pimpinan juga perlu bertanggungjawab dalam mengembalikan kepercayaan rakyat. Suka atau pun tidak kerajaan perlu kembalikan semula kepercayaan yang kita dapat ketika PKP sebelum ini.”

 

Baca: Kajian Mendapati Lelaki Boleh Mandul Akibat Jangkitan Covid-19?

Screenshot 2021 06 03 At 12.42.26 Pm

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.