in

“Anak PKP memang macam ni ke?”- [VIDEO] Ibu Kongsi Anak Takut Jumpa Orang Ramai Buat Netizen Terhibur

fi pkp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kadar kelahiran bayi pun meningkat. Kalau kita tak tengok pada statistik pun kan, cuba korang tengok family terdekat korang, mesti masa musim Covid-19 ni ada yang bilangan anak bertambah. Iya dak?

Ada baiknya juga bayi yang lahir pada musim PKP ni. Salah satunya, ibu bapa dapat beri perhatian yang penuh sepanjang proses si anak membesar. Tak perlu hantar ke rumah penjaga sebab memang kita semua duduk di rumah je waktu itu.


Tetapi, bila anak dah terbiasa dibesarkan dalam suasana PKP, tak boleh keluar rumah, tak merasa suasana luar yang sesak dan ramai orang, menjadi masalah juga nanti. Mula lah dia takut bila pertama kali boleh keluar rumah.

Macam perkongsian si ibu ini, si anak nampak takut betul bila berjumpa dengan orang ramai!

Video yang berdurasi 21 saat ini telah dikongsikan oleh saudari Najwaain melalui akaun TikTok peribadi miliknya. Dalam video tersebut, si anak kelihatan takut betul apabila dibawa duduk dengan orang ramai!

Jika ditinjau di ruangan komen pula, ramai ibu berkongsi pengalaman yang sama seperti saudari Najwa ini. Namun, ada juga yang berkata muka anaknya mirip dengan anak Dato’ Aliff Syukri si Yusoff!

komen pkp

Mungkin bayi PKP memang begitu agaknya. Bukan setakat takut orang ramai, takut rumput, takut burung pun ada!

Baca: Rezeki tak salah alamat Wanita Lahirkan Bayi 6.4kg, Pernah Keguguran 19 Kali Sebelum Ini

baca pkp

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.