“Ular besar ni biasa makan anjing” – Netizen Terkejut Tengok Kucing Wanita Ini Kena Telan Dengan Ular

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap orang yang ada haiwan peliharaan mesti faham saat kehilangan yang tersayang. Tak kisah samada mati sebab sakit, sebab terlampau tua, accident atau apa pun lah, confirm sedih weh.

Kali ni kami nak share kisah wanita yang kucingnya meninggal dunia. Sebab apa meninggal, sebab kena makan dengan ular. Ya, kena makan dengan ular. Ular besar pulak tu. cuba korang tengok sendiri video yang di kongsi oleh @BalzureenS di akaun Twitter miliknya.

Dua ekor tambah seekor lagi

Memang besar kan ular tu? Takut admin tengok. Rasanya lapar betul kot ular tu, sampai 3 ekor dia telan. Ya Allah, memang hancur luluh hati tengok kucing kesayangan kena telan dengan ular.

Iye faham. Kalau dah memang sayang binatang tu demam walau tak sampai mati pun dah risau. Memang menangis kalau jadi apa-apa dekat haiwan peliharaan kita tu. Dah macam jadi part of the family dah. 

Yeke? Patut lah sampai 3 ekor dia telan. Saiz macam tu biasanya makan anak gajah weh. Dahsyat sangat ni. Tapi dah lumrah alam kan, ular tu pemangsa, nak buat macam mana. 

Patut lah JPAM tu tanya nak tanam ke tak. Admin dah fikir takkan dorang nak belah perut ular tu lepas tu keluarkan kucing. Rupanya tolak bagi keluar je. Tindakan yang betul oleh abang-abang JPAM kita.

Blessing in disguise. Secara tak langsung si gebu tu yang jadi penyelamat. Kalau tak, boleh jadi ular tu yang akan serang. Lagi bahaya kalau macam tu. Nasib baik tak jadi apa-apa. Tapi still sedih lah, kucing mati kot. 

Sumber: Twitter

Salah sekor kucing yang bertemu ajal, Bobo namanya.

Sumber: Twitter

Ni pulak sekor lagi, Puteh namanya.

Admin pernah dengar orang kata, kalau binatang yang kita bela tu tiba-tiba mati, atau hilang, maknanya tugas dia sebagai ‘guardian’ dah selesai. Benda ni pun bapa admin pernah kata time ikan arowana family kami lompat keluar dari akuarium pastu mati waktu kami balik kampung time kecik-kecik dulu. Akhir kata, kami mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada semua, terutamanya yang ada simpan haiwan peliharaan dekat rumah tu. 

 

Baca: “Habuk bergerak!” – Comel Sangat, Netizen Terhibur Tengok Anak Kucing Pergi Jogging

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.