“Habuk bergerak!” – Comel Sangat, Netizen Terhibur Tengok Anak Kucing Pergi Jogging

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



18 hari sesudah sambutan Hari Raya Aidilfitri, mesti banyak jemputan open house yang nak dihadiri kan?

Dengar cerita ramai juga yang kata lepas bulan puasa dan berhari raya, nak mula bersenam dan diet.

Ahem..dah buat ke?

Kucing pun pergi jogging!

Lemak-lemak tepu di badan tu takkan ke mana kalau anda masih berkira-kira nak bersenam atau tak.

Kalau malu atau bosan jogging seorang diri, cuba ikut cara lelaki ini yang bersenam bersama-sama kucingnya?

Perkongsian ini yang dimuat naik semula ke akaun Twitter @thekittycoach juga telah menerima lebih 40 ribu RT dan 36 ribu likes dalam masa 4 hari!

“Habuk bergerak!”

Bukan saja comel tapi aksi beberapa ekor anak kucing dari baka British Short Hair ini berjaya menarik perhatian pengguna Internet.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Adoi kenapa comel sangat ni? Muka macam garang tapi rasa nak picit-picit je tengok.

Dah lah lari macam gumpalan habuk bergerak!

Sumber: Twitter

Tak guna reward makanan

Ramai juga yang tanya macam mana anak-anak kucing ni boleh mengikut ke mana saja Fadhilat pergi.

Oh, macam tu rupanya. Jadi kena biasa-biasakanlah bercakap dengan kucing supaya mereka kenal suara kita.

Bolehlah lepas ni training kucing kat rumah. Tak ada alasan lagi tiada peneman untuk exercise jadi sihat!

Baca:“Ape ke setan perangai!” – Geram Tak Dapat Curi Kereta Sewa, Wanita Ni Lempar Anak Kucing Kat Dinding Kedai Sampai Mati!

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.