in

“Ujian betul” – 3 Kali Terputus Talian, Gelagat Adik Ini Mengaji Buat Ramai Terhibur

1Ngaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang kita menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini, kita juga digalakkan melakukan perkara sunat seperti bersedekah dan bertadarus.



Cakap pasal bertadarus ni, min nak share satu video pasal tadarus online yang mendapat perhatian ramai netizen. Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak ingin berkongsi bacaannya secara live bersama host. Namun dugaan melanda sehinggakan terputus talian berkali-kali. Korang tengok lah video @_luqmansalam kat bawah ni.

 

Ujian betul!

Begitulah jalan ceritanya. Terputus talian kat tempat yang sama. Baru sebut dua kalimah siap tarik lagi, lepas tu putus pulak.

Screenshot 2021 04 25 At 12.59.37 Pm

Minta maaf ye adik Lutfi Rabbani, min tergelak banyak sebenarnya. Kalau terputus kat tempat lain tu takpe lagi, ni semua tiga-tiga terputus dekat tempat yang sama. Memang besar betul ujian.

Screenshot 2021 04 25 At 12.56.38 Pm

Kan… nampak dia sangat jujur dan nak sangat perdengarkan bacaan dia kepada orang ramai. Tapi apakan daya, masalah teknikal jadi halangan.

Screenshot 2021 04 25 At 12.57.25 Pm

Min rasa mesti ramai yang tahan gelak macam ustaz yang kat tengah tu kan. Nak cover last-last tersembur gak. 

Screenshot 2021 04 25 At 12.58.02 Pm

Betul, semangat betul adik Lutfi ni nak baca. Masalah teknikal punya pasal habis tak jadi. Takpe dik, episod lain cuba lagi ye. 

Apa-apa pun kita doakan semangat adik Lutfi untuk bertadarus tidak pernah luntur.

 

Baca: “Mcm tu bunyinya” – Gadis Ajar Hukum Tajwid Di Tiktok Buat Netizen Kagum

Screenshot 2021 04 25 At 1.05.50 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.