Personaliti media sosial DMA Islam menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini berikutan dengan satu kenyataan yang dianggap agak keterlaluan.
Selain netizen, ramai selebriti, termasuklah golongan agamawan sendiri, tampil memberikan respon yang menzahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan itu dan memberikan teguran buat pemilik nama sebenar Danial Mirza Arizan ini.
Artikel berkaitan: “Tak pusing-pusing dulu ke?” – Video DMA Islam Lengkap Bersamping, Ramai Ingat Dah Bertunang Rupanya…
Artikel berkaitan: DMA Islam Luny*i, Tewas Di Tangan Abang Koroy Dalam Pertandingan Tinju
Budak umur 9 tahun hafal Quran
Menerusi hantaran Threads yang dimuat naik beberapa hari lepas, DMA Islam menyatakan bahawa kanak-kanak seawal umur 9 tahun yang berjaya menghafal kitab suci al-Quran adalah sesuatu perkara yang didakwa tidak gemar dilihatnya.
Bahkan, DMA Islam turut melabelkan tindakan yang mendorong kanak-kanak itu untuk menghafal al-Quran didakwa sebagai satu penderaan (abuse).

Kurang senang dengan kenyataannya itu, ramai selebriti seperti Kamal Adli, Wak Doyok, Yusuf Bahrin dan ramai lagi mengecam kenyataan yang dianggap keterlaluan itu.
Bahkan golongan agamawan juga turut menegur DMA Islam, antaranya PU Amin yang meminta DMA Islam untuk tidak menggunakan al-Quran sebagai satu perkara yang boleh dipermainkan.

Di samping itu, ada juga netizen yang meminta Dr Zulkifli Al-Bakri untuk tampil memberikan pendapat berkenaan dengan kenyataan yang diberikan oleh DMA Islam ini.
Sumber: Threads @dma_islam
