in

“Tunjuk ni dekat mak ayah korang”- Khairulaming Repost Ig Stories Ibu Bapa Ambil Vaksin, Nak Galakkan Ramai Orang Mendaftar

Cats 89

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melihat kepada kes Covid-19 yang semakin naik mendadak di negara kita, kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk membuat program vaksinasi kepada rakyat Malaysia mengikut fasa yang ditetapkan.


Tapi,masih ada lagi ibu bapa yang tak percaya pada vaksin ini tau sebenarnya. Disebabkan itu, Khairulaming menggunakan platform media sosialnya untuk menggalakan lebih ramai ibu bapa yang mendaftar vaksin. Sekarang ini, kerajaan pun lebih utamakan golongan tua sebab diorang lebih berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak bahaya ini.

 

Galakkan orang daftar vaksin

Di dalam ig story yang dimuat naik oleh Khairulaming di Instagram pada 25 Mei lalu, dia minta sesiapa yang bawa mak ayah pergi ambil vaksin untuk tag dia di ig story mereka dan ceritakan pengalaman masing-masing. Bukan itu sahaja, nanti dia sendiri akan repost ig story korang tau.

E2Scdxzuuaoomgq

“Sama-sama kita educate orang ramai untuk hentikan salah faham terhadap vaksin.”

Dengan galakkan yang dilakukan oleh Khairulaming ini, dia berharap masyarakat Malaysia dapat sama-sama bantu untuk hentikan pandemik yang semakin menular di Malaysia ini.

 

Banyak sangat sampai tak dapat repost semua

Ramai juga yang muat naik gambar ibu bapa diorang pergi ambil vaksin dan tag Khairulaming dekat ig story diorang sampai Khairulaming sendiri tak sempat nak repost semua.

E2Scdx1Viaalt6I

E2Scdxyvuamnd4E

E2Scdx0Voaelkpb

Khairulaming sendiri teruja bila tengok ramai yang turut beri galakan kepada masyarakat yang lain untuk ambil vaksin.

This is a collective effort, kita semua kena all out buat sama-sama untuk spread awareness.”

Selagi ada peluang untuk daftar vaksin, korang jangan lupa daftar juga okay. Kita nak sama-sama capai herd immunity macam dekat negara-negara lain yang mostly rakyat diorang dah ambil vaksin.

 

Sumber: Khairulaming

Baca:”Saya nak bagi slot saya”- Sedih Gadis Tak Dapat Tempah Vaksin Untuk Ibu, Wanita Sanggup Tawarkan Slot Miliknya

Capture 71

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.