in

“Saya nak bagi slot saya” – Sedih Gadis Tak Dapat Tempah Vaksin Untuk Ibu, Wanita Sanggup Tawarkan Slot Miliknya

Tolong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang gadis bernama Fatin Faieznur Tubani, 29, yang juga bekas pesakit COVID 19 telah meluahkan rasa kecewa dan sedih kerana tidak dapat membuat tempahan janji temu vaksin AstraZeneca (AZ) buat ibunya selepas puas mencuba berkali-kali.


Menurut Fatin, dia yang telah cuba mengakses laman web CITF dari jam 12 tengah hari itu telah menekan butang refresh berkali-kali tetapi tidak berjaya hingga mendapat notifikasi tempahan ditutup kerana slot penuh.

Saya pulang kerja jam 10 pagi tadi dan sanggup tahan mata untuk membuat tempahan janji temu buat emak namun tiada rezeki apabila slot penuh dalam tempoh kurang dua jam,” luahnya yang menetap di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Ibu

 

“Ibu awak lebih perlukan slot tersebut” 

Kisah Fatin yang dilaporkan oleh Harian Metro ini kemudian telah mendapat perhatian seorang netizen di ruangan komen yang simpati dengan nasib ibunya itu.

Menurut netizen bernama HongLing ini, dia kasihan dengan nasib ibu Fatin dan bercadang ingin memberikan slot vaksinnya kepada ibu gadis tersebut.

Ibu awak lebih perlukan slot tersebut, saya ingin beri slot saya kepada ibu awak. Saya di KL. Bolehkah ahli Jawatankuasa Vaksin tolong aturkan?” 

Hong Ling

Baiknya hati dia… 

 

“She has a beautiful heart” 

Komen HongLing kemudian telah diviralkan di Twitter dan rata-rata netizen yang membacanya berasa sangat terharu dengan tindakan wanita itu.

Walau bagaimanapun pada yang sama, ramai juga netizen berpendapat slot tempahan yang dimiliki seseorang tidak boleh ditukar kepada orang lain dan ada juga yang mengatakan perkara ini telah dijelaskan oleh pihak JKJAV sendiri tidak lama dulu. Alahai… 

Tak Boleh

Dalam pada itu, gadis yang mendakwa dirinya sebagai Fatin di dalam berita di atas berkata, sungguhpun dia sangat terharu dengan balasan komen yang diterima, dia mahu berlaku adil kepada semua orang dan akan menunggu sehingga menerima tarikh vaksin yang ditetapkan pihak yang bertanggungjawab.

Me

Marilah kita sama-sama berharap semoga proses vaksinasi ini dipercepatkan dan lebih banyak nyawa yang terselamat daripada dijangkiti wabak COVID 19 ini. 

Baca: “Sebab ada dakwaan dapat dos kurang” – Penerima Vaksin Kini Ditunjukkan Jarum Sebelum & Selepas Suntikan

Jarum

Sumber: Harian Metro
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.