in

“Tunang saya masih selamat. Tolonglah hentikan yang bukan-bukan” – Tunang Muhammad Adib

Pelseu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua sedia maklum, anggota bomba yang cedera parah akibat dibelasah dalam rusuhan di Kuil Maha Mariamman kini berada keadaan kritikal dan sedang berjuang untuk hidup setelah mengalami kecederaan patah tulang rusuk.


Pun begitu, timbul pula desas desus di Facebook beberapa jam yang lalu mengatakan mangsa yang juga seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim, 24 telah pun meninggal dunia.

46716405 2084060384970165 1796055198909595648 N
sumber: facebook

 

“Tunang saya masih selamat. Doakan dia” 

Walau bagaimanapun, Nurul Najihah iaitu tunang kepada Muhammad Adib di ruangan Facebook telah memaklumkan bahawa anggota bomba tersebut masih lagi dalam keadaan selamat dan memohon orang ramai untuk henti keluarkan kenyataan palsu.

Adin
sumber: facebook
47089524 2426223007406781 1919163311098691584 N
sumber: facebook

 

“Dahlah nak kahwin bulan depan, minggu lepas baru balik hantar baju kain nak buat baju nikah” 

Malah menurut sepupu mangsa, Muhammad Adib dan tunangnya juga telah merancang untuk berkahwin bulan depan. Pakaian nikah juga telah ditempah minggu lepas. Allahu… 

46753624 10156403081318110 5216245219875356672 N
sumber: facebook
46795173 2426223000740115 5034379468290916352 N
sumber: facebook

 

Netizen berdoa supaya Muhammad Adib pulih sepenuhnya

Dalam pada itu, laman Facebook tunang mangsa telah dilimpahi dengan kata-kata semangat dan doa semoga mangsa sembuh secepatnya. Amin…

Sembuh
sumber: facebook

Marilah kita sama-sama doakan semoga mangsa cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya untuk bernikah bulan depan. Amin…

Baca: Patah Tulang Rusuk & Kecederaan Dalaman, Anggota Bomba Parah Dibelasah Perusuh Kuil Maha Mariamman

Bomba Cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.