in

Patah Tulang Rusuk & Kecederaan Dalaman, Anggota Bomba Parah Dibelasah Perusuh Kuil Maha Mariamman

Bomba Cedera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain kenderaan dibakar, kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights juga menyebabkan seorang anggota bomba dan penyelamat parah dibelasah perusuh.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, dianggarkan 1,000 individu berkumpul dan mula merusuh kawasan tapak kuil mencetuskan pergaduhan. Insiden itu difahamkan berlaku sebab perselisihan faham antara dua kumpulan tentang isu perpindahan tapak kuil.

Kuil
sumber: the patriots

Kereta 1

Kereta 2
sumber: berita harian

Menurut Berita Harian, anggota yang cedera parah dikenal pasti sebagai Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.

Ketika kejadian, mangsa datang ke lokasi untuk memadam kebakaran kereta di kawasan luar kuil bersama pasukan. Dia kemudian diserang kumpulan perusuh sehingga mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan beberapa kecederaan dalaman.

Bagaimanapun, Adib berjaya diselamatkan oleh beberapa orang awam yang berada di lokasi pada ketika itu dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Adib 1
sumber: facebook

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, Adib kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

“Akibat diserang perusuh, mangsa yang dipercayai mengalami patah tulang rusuk serta kecederaan dalaman lain kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kini ditempatkan di unit ICU bagi membolehkan kesihatannya dipantau.”

Ambulan 1
sumber: facebook
Sjmc
sumber: tmt

Selain anggota diserang, dua jentera bomba iaitu satu unit van EMRS dan jentera pemadam (FRT) juga dirosakkan kumpulan perusuh terbabit.

Antara kerosakan yang dikenal pasti adalah cermin depan dan belakang pecah, tayar pecah serta tercabut, pintu jentera tercabut selain kemek pada bahagian badan kenderaan dipercayai akibat diserang dengan objek keras.

Kereta Bomba
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, 17 individu telah ditahan untuk membantu siasatan insiden rusuhan terbabit.

“Kita sudah mengenal pasti dalang utama kejadian itu dan sedang mengesannya bagi membantu siasatan.”

Ikutkan sangat emosi, tak pasal pasal sampai cedera parah anggota tu dorang belasah. Ishhh!

Baca: Syarikat NGO Ini Nak Saman Jabatan Bomba Pasal Kematian 6 Anggota, Ini Alasannya!

Mangsa Korban 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.