“Tun tolonglah rehat dan jaga diri baik-baik…”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sejak tumbangnya Barisan Nasional (BN) dan diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH) yang memenangi PRU14 ni, rakyat Malaysia bagaikan dapat semangat baru.

Bak kata orang, macam baru dapat kemerdekaan lah. Dan atas kemenangan ni, kita sangat gembira dan teruja bila Tun Dr Mahathir Mohamad jadi semula Perdana Menteri kita yang baru.

Sumber: Astro AWANI

Namun, usia Tun M yang semakin meningkat buat orang ramai kat luar sana rasa risau melihat pemimpin berusia 93 tahun ni ke sana sini buat kerja. Sejak angkat sumpah 10 Mei lalu, Tun M memang tak ada rehat langsung. Tun Siti Hasmah pun ada luahkan rasa risaunya dengan mengatakan,



Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur, waktu tidur beliau digunakan untuk teliti setiap dokumen kerajaan, dalam satu malam beliau teliti lebih 200 dokumen sehingga 4 – 5 pagi dan 7 pagi beliau sudah ada di pejabat.” 

Sumber: Instagram

Malah gambar daripada Berita Harian yang baru dimuat naik beberapa jam tadi jugak buat ramai netizen sebak melihatnya. Bayangkanlah atuk korang yang dah tua tiba-tiba terpaksa bekerja keras demi selamatkan negara. Sedihnyaa…

Sumber: BH

Antara komen menyentuh hati netizen seperti di bawah.

Sumber: Facebook

Malah ada jugak di kalangan netizen yang membidas kenyataan penyokong UMNO dan BN yang hanya pandai mengutuk namun tak tahu jasa dan pengorbanan sebenar Tun dalam memulihkan negara.

Sumber: Facebook

Rata-rata netizen yang bersimpati dengan keadaan Tun hanya mampu minta kepada Tuhan supaya berikan PM kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur demi selesaikan apa yang perlu diselesaikannya.

Sumber: Facebook

Admin sejujurnya pun memang tersentuh tengok keadaan Tun yang bersusah payah check macam-macam dokumen dan buat press conference berkali-kali demi puaskan hati semua pihak. Diharapkan Tun sihat selalu dan jaga kesihatan baik-baik.



We love you Tun! Thanks for everything…. 

Baca: Baru 6 Hari, Tun M Dah Buat 10 Perkara Ni 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!