in

Tun M Rancang Keluarkan Kereta Nasional Baru

Stock Photo Majlis Pelancaran Model Baru Proton Savy Oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Di Petaling Jayaselangor 83280

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wah wah nampaknya kita bakal ada kereta nasional baru pada masa akan datang nanti gaiss! 


Korang ingat lagi tak pada 7 Mei 1983 (kalau dah lahir), Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ke-4 telah mencipta sejarah bila beliau melancarkan Proton, kereta nasional pertama yang telah membawa industri negara ke tahap yang membanggakan di mata dunia.

Namun pada tahun 2017, Proton akhirnya telah dibeli syarikat automotif China, Zhejiang Geely dalam satu perjanjian oleh kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN). Sedih dengan tindakan ini, Tun M sedaya upaya memprotes perjanjian tersebut dengan mengatakan kita sudah kehilangan satu ikon negara yang hebat.

Malaysia Could Be Getting A New National Car Very Soon World Of Buzz 2
sumber: wob

Namun menurut FMT, Perdana Menteri ke-7 telah berucap di Nikkei Conference hari ni di Tokyo bahawa beliau sedang bercadang untuk melancarkan satu lagi kereta nasional dan berharap syarikat ini akan terus di bawah pemilikan tempatan. Wahhh biar betul ni! 

Selepas kemenangan penuh sejarah Pakatan Harapan bulan lepas, Tun Dr Mahathir juga menyatakan yang kerajaan sebenarnya tak ada niat untuk membeli Proton kembali dari Zhejiang Geely dan ia terletak kepada pemilik Proton, Syed Mokhtar Al Bukhary sama ada beliau nak beli syarikat tu kembali ataupun tak.

Malaysia Could Be Getting A New National Car Very Soon World Of Buzz
sumber: wob

Manakala perancangan tentang kereta nasional baru ni pulak, Mahathir berkata di persidangan tersebut,

“Impian kami ialah untuk melancarkan satu lagi kereta nasional, mungkin dengan bantuan rakan kongsi dari Asia Tenggara iaitu Thailand, Jepun dan Korea kerana mereka ada kapasiti untuk menghasilkan kereta yang bagus dan berkualiti serta mampu dijual ke seluruh dunia.” 

Nampaknya kita kenalah tunggu dan lihat kereta nasional baru macam mana yang akan keluar nanti! Tak sabar-sabar pulak admin! Korang rasa macam mana? Suka tak ada kereta nasional baru? Kongsikan pendapat di ruang komen! 

Baca: Tun M Lancar Tabung Derma Bantu Negara

M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.