in

Tumpah Air Mata Nurul Izzah Kerana Tun M…

Izzah Nangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum ramai dah tahu sejarah hubungan berliku-liku antara Tun M dengan Anwar Ibrahim. Semenjak Reformasi 1998 lagi, bukan saja Anwar malah anak-anak dan isteri Anwar jugak dah banyak alami kesedihan dan dugaan yang bermacam-macam.

Tapi siapa sangka, dua individu yang dah bermusuh bertahun-tahun akhirnya bersatu demi selamatkan negara yang diambang kemusnahan. Namun apabila ditanya komen Nurul Izzah tentang pandangannya terhadap Tun M, beliau nampak sedikit berat untuk luahkan rasa hati kerana bukan mudah mereka sekeluarga nak terima Tun ‘seadanya’, lapor Sinar Harian.


Image 3 1
sumber: sinar harian

“Saya ingin tekankan bahawa ia bukan sesuatu yang mudah buat kami… kerana kami turun naik penjara.

“Kami menyaksikan sendiri bila institusi demokrasi disalah guna, tapi saya selalu ingatkan diri saya tentang apa yang akan Rasulullah SAW buat. Kita cuba selami diri, apa yang akan kita perlu buat kalau kita dalam keadaan sebegitu,” katanya dalam FB Live Sinar Harian semalam (27 Mei).

Namun persepsi beliau sekeluarga berubah lepas Tun M datang bersalam dengan Anwar semasa di mahkamah dan ucap kesediaannya nak berjuang dengan Pakatan Harapan bersama-sama.

Bila Tun M datang ke mahkamah, bersalam dengan ayah dan menyatakan mahu bersama Pakatan Harapan, sukarlah untuk kita katakan tidak,” katanya sebak.

Image 2 1
sumber: sinar harian

Malah beliau sekeluarga juga sejak dari itu dah pasang niat untuk tak lagi toleh ke belakang dan memandang terus ke hadapan. Tambahnya lagi, walaupun mereka agak ‘takut’ dengan keputusan yang dibuat, beliau yakin dengan apa yang sedang beliau lakukan sekarang.

“Saya seringkali ingatkan, kita perlu utamakan negara jadi memang itulah yang saya lakukan.

“Kami lalui hari yang sangat sukar, kadang saya rasa takut tapi saya cuba hadapi dan saya tak mahu kita benci sesiapa kita benci perilaku dan tindakan mereka,” katanya lagi.

Image 1 4
sumber: sinar harian

Lebih mengagumkan, Nurul Izzah jugak tegaskan yang dia tak mahu benci sesiapa dan jadikan perangai buruk seseorang tu sebagai dendam peribadi dalam dirinya. Syukurlah kalau macam tu. Bak kata omputih, past is past kan? 

Apa-apapun elok kita semua pandang ke depan dan jangan ungkit lagi kisah silam antara Anwar dan Tun M ni. Kalau Anwar dan keluarganya dah okey dengan Tun M, siapa kita nak melebih-lebih kan??

Baca: “Kenapa perlu saya simpan dendam dengan Tun?”

Tun M Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.