in

“Kenapa perlu saya simpan dendam dengan Tun?”

Tun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua tahu sengketa Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sejak 1998 dulu. Tun telah menyumbatkan Anwar ke dalam penjara dan sekarang Tun jugaklah yang berusaha untuk membebaskan Anwar. Kini, sengketa lama antara mereka dah jadi sejarah.

Sengketa Tun M – Anwar cerita lama


Dalam sesi temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Astro Awani di Bukit Segambut, dia ditanya dengan soal agak tricky. Betul ke Anwar kini ikhlas untuk bekerjasama dengan Tun M yang sekali lagi menjadi Perdana Menteri?

Anwar jawab mudah,

Itu cerita lamalah.” 

Ddudsd0U8Aafkls
sumber: twitter

Penat sering diajukan soalan yang sama, Anwar mengaku ada pihak yang sinis dengan keputusannya dalam beri sokongan kepada Tun M untuk pimpin negara semula. Ceritanya,

“Ada pemimpin tertinggi bertanya kepada saya, ‘Anwar, pandang saya dan beritahu anda sudah maafkan beliau (Tun Mahathir). Saya pandang dia, dan saya cakap, keutamaan saya adalah negara dan saya sudah maafkan Tun,” jelas Anwar tersenyum.

 

Tak ada sebab nak bermusuh dengan Tun M

Malah dia jugak mengaku sangat terkesan melihat kesungguhan Tun M dalam mengotakan janjinya dan tak ada sebab untuk Anwar bermusuh dengan Tun yang jugak mentornya dulu. Buang yang keruh, ambil yang jernih la kan??

Beliau berjuang dan bersusah payah dengan satu niat mahu memulihkan negara. Malah beliau juga membantu dalam pembebasan saya. Jadi kenapa saya perlu menyimpan dendam?” katanya.

Page Anwar3
sumber: twitter

 

Jangan ungkit kisah lama

Malah bagi Anwar, orang yang suka mengungkit kisah lamanya dengan Tun M tidak akan dihiraukan kerana beliau menganggap ia sebahagian daripada agenda untuk nak gugat ketenteraman ramai dan sekat kemaraan negara ke arah yang lebih positif.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan beliau dan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat,” kata Anwar lagi.

Ddugwesv0Aaxawm
sumber: twitter

Buat masa ni, Anwar memutuskan untuk berehat bersama keluarga sebelum berfikir untuk terjun dalam dunia politik pada masa yang sesuai nanti.

Serious admin puji sikap Anwar yang pemaaf dan mahu bekerjasama dengan Tun demi kebaikan negara. Moga gandingan Tun dan Anwar dalam pentadbiran negara akan membawa sesuatu yang baik di masa depan. 

Baca: 50 Tahun Jatuh Bangun Anwar Ibrahim 

Page Anwar4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.