in

Tular Isu Kailan Ikan Masin RM18, Peniaga Diberi Notis Oleh KPDNHEP

Page 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu harga makanan melonjak naik semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Bermula dengan ikan siakap berharga lebih seribu ringgit, kemudian timbul isu sotong goreng RM100. Terkini, muncul pula peniaga menjual hidangan kailan ikan masin seorang makan dengan harga RM18.

Perkara ini tular di media sosial melalui resit yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook. Meskipun nama kedai tersebut tidak disebut oleh mana-mana pihak, namun lokasinya dipercayai bertempat di Kepala Batas, Pulau Pinang.


3 1

Melalui resit pembayaran yang dikongsi, pembeli dilihat membayar kesemua makanannya dengan jumlah RM122. Walau bagaimanapun, harga hidangan kailan ikan masin yang mencecah RM18 menjadi buah mulut orang ramai kerana dikatakan melampau dan ‘cekik darah’.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap peniaga tersebut.

Pihak KPDNHEP Pulau Pinang turut menegaskan peniaga restoran itu perlu tampil dan memberikan maklum balas terhadap notis tersebut dalam tempoh dua hari bekerja.

2 13

Memetik fakta dari Utusan, pegawai penguat kuasa telah hadir ke lapangan bertujuan menyiasat perkara tersebut pada hari yang sama aduan diterima.

Satu NPMB bagi kalian ikan masin berharga RM18 telah diberikan kepada peniaga dan peniaga perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari bekerja”

Melihat pada perkongsian asal, pelanggan tersebut dikatakan redha dengan harga yang dibayar, namun agak terkesan dengan hidangan kailan ikan masin yang berharga RM18 itu.

Turut dilihat dalam resit restoran tersebut adalah ikan jenahak yang berharga RM90, sayur campur dengan harga RM9 serta sambal dan ulam berharga RM5.

Sumber: Utusan

Baca: Tular Restoran Terkenal Di Penang Caj 2 Sotong Goreng RM100, Pemilik Tampil Beri Penjelasan

1 8 1

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.