in

Tular Restoran Terkenal Di Penang Caj 2 Sotong Goreng RM100, Pemilik Tampil Beri Penjelasan

Restoran Hameediyah Sotong Goreng Rm100

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru saja ‘sejuk’ isu siakap RM1,000 seekor, muncul pula isu baru melibatkan harga makanan yang katanya dicaj dengan harga tidak munasabah di sebuah restoran terkenal di Pulau Pinang.


Menerusi satu posting yang viral di media sosial, tular gambar resit yang memaparkan harga dua ekor sotong goreng bernilai RM100 dicaj oleh restoran nasi kandar itu.

Hameediyah

 

“Jika tak setuju, boleh tukar dengan lauk lain” 

Menyedari restoran mereka menjadi viral akibat isu tersebut, Pengarah Restoran Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30, tampil menjelaskan mengenai gambar resit yang tular.

Menurut Harian Metro, Riyaaz menjelaskan bahawa harga bagi setiap sotong telah ditentukan berdasarkan saiznya iaitu setiap satu bernilai RM50.00.

Itu adalah harga bagi dua ekor sotong goreng yang mana setiap satu berharga RM50, mengikut saiz.

“Pelanggan sudah maklum mengenai harganya pada paparan skrin ketika mahu membayar dan jika tidak bersetuju, mereka boleh menukarnya dengan lauk lain,” katanya.

Hameediyah Owner

Tambahnya lagi, pelanggan yang dipercayai penduduk tempatan itu telah berkunjung ke restorannya pada tengah hari dan meminta hidangan sotong goreng bersaiz besar.

Ketika di kaunter pembayaran, pelanggan itu juga sudah maklum mengenai harga kedua-dua hidangan yang diambil dan mereka hanya diam serta tiada bantahan mengenainya.

“Sehinggalah malam tadi, saya menyedari gambar resit yang dibayar pelanggan itu tular di media sosial. Namun hari ini, orang ramai masih berkunjung seperti biasa tanpa sebarang isu.

“Tindakan itu tidak tepat kerana mereka mempunyai pilihan sama ada menukarnya dengan lauk yang lain atau boleh batalkan pembelian,” jelasnya lagi.

259781781 131674969247351 545787794244506597 N

 

Pelanggan mohon maaf, muat naik resit bukan tujuan pertikai 

Walau bagaimanapun, hari ini, pengarah Restoran Nasi Kandar Hameediyah mendakwa pelanggan yang menularkan resit sotong tersebut telah memohon maaf kepada pihaknya menerusi WhatsApp semalam.

Pelanggan berkenaan katanya mengakui memuat naik resit itu ke media sosial tetapi bukan berniat untuk mempertikai harga hidangan sotong goreng itu.

Hal ini kerana, menurut pelanggan, dia mengetahui harga sebenar hidangan sotong goreng ‘apollo’ berkenaan.

Berikut WhatsApp penuh pelanggan berkenaan yang dimuat naik Restoran Hameediyah:

51637792646 Freesize

Dalam pada itu, pihak restoran katanya tidak bercadang untuk membuat laporan polis berkaitan hal itu namun mengakui perkara ini sedikit sebanyak mencalarkan reputasi restoran mereka.

Harap pihak berkenaan sebelum nak viral sesuatu tanyalah kepada empunya gambar dahulu. Bimbang bila jadi isu besar macam ni. 

Baca: Peniaga Siakap Viral RM1,000 Gagal Kemuka Dokumen Dikehendaki, Bakal Didenda RM50,000

Siakap Bil

Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.