in

“Fanatik betul” – [VIDEO] Peminat ‘Patah Hati’ Buat Kek Sempena Perkahwinan Remy Ishak Dapat Perhatian Netizen

Ft Kek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari Sabtu yang lepas, pelakon sensasi Malaysia, Remy Ishak telah melangsungkan perkahwinan dengan pilhan hatinya, Ezza Yusof. Remy memilih untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia 39 tahun.



Namun berita ini telah mengecewakan ramai peminat fanatiknya yang sudah lama tunggu berita ini.

Dalam perkongsian @bakewithhannan, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan kek yang dibuat olehnya sendiri dengan wording ‘Selamat Tinggal Remy Ishak’ di atas kek tersebut.

@bakewithhannan

Selamat tinggal pujaan hati dinda 💔 #remyishak #reckless #fypシ

♬ reckless – Madison Beer

Hannan Mubarak atau lebih dikenali sebagai Hannan terkenal dengan video baking di Tiktok merupakan salah seorang peminat Remy Ishak.

Namun, kek yang dibuat olehnya itu bukanlah satu simbol dia ‘patah hati’ dengan berita perkahwinan artis tersebut tapi sebenarnya dia ingin menarik  para peminat Remy Ishak untuk menonton. Jadi video itu sesuai la dengan berita yang viral tu.

“Ramai juga yang patah hati”

Video pendek ini telah mendapat lebih daripada satu juta tontonan di Tiktok. Netizen yang menonton video tersebut patah hati dengan berita tersebut dan kebanyakan daripadanya adalah wanita. Beberapa netizen telah berkongsi pendapat mereka di ruangan komen video ini.

Komen Kek

Ada juga yang kecam video ini kerana mereka ingat Hannan betul-betul kecewa sedangkan dia ingin bergurau je. Yang penting kek tu nampak sedap!

Video ini juga telah mendapat perhatian Remy dan dia telah memuat naik video ini di IG story nya semalam. Remy juga puji kek tersebut sebab nampak sedap.

Korang dah boleh move on, Zul Ariffin kan ada…

Baca: “Move on guys” – Ramai Gadis Kecewa Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujangnya Esok

Remy E1629701927351

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.