in

“Tuah janda” – Song Hye Kyo Makin Banyak Dapat Offer Lepas Cerai, Song Joong Ki Pula…

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jun lepas, pengumuman Song Joong-ki menceraikan Song Hye-kyo telah memeranjatkan peminat-peminat mereka, sampai ada yang menangis lagi bila dengar berita penceraian dorang ni.


Tapi, apa yang Joong-ki tak expect adalah impak selepas pengumuman penceraiannya ini dengan pelakon jelita Hye-kyo.

Mana taknya, menurut Star2, media di Korea perasan yang lepas dia ceraikan Hye-kyo, permintaan untuk pelakon ini makin merundum. Bukan tu je, penceraian ni juga buatkan rating drama Arthdal Chronicles yang dibintangi oleh Joong-ki ini juga jatuh. Nasib badanlah bang oi.

Aaf9Vh6.Img
Sumber: google

Yelah, Joong-ki ini pun satu, dah lah masa dia umum nak ceraikan Hye-kyo ni tak bincang dulu. Dia terus je announce masa bekas isteri dia ni tengah bekerja dekat China. Sampai parents dia pun minta maaf on behalf of anak dorang. Memang marahlah peminat kau.

Songsdb0108
Sumber: google

Namun untuk Song Hye-kyo ni lain pulak cerita, ramai peminat simpati dengan nasib dia dan bangga dengan reaksi wanita ini yang tak melatah pun walaupun diceraikan dengan cara macamtu.

Disebabkan ini, populariti Song Hye-kyo makin melonjak sampai dapat bergandingan dengan artis luar negara macam Natalie Portman dan Natalia Vodianova.

Kalau korang nak tahu, lepas bercerai Hye-kyo dikatakan telah berpindah ke villa mewah di kawasan kampung eksklusif di Seoul.

Manakala Joong-ki pula dikatakan tinggal bersama ibu bapanya dan perlu berusaha untuk menangkan semula hati peminat dan advertiser.

Original
Sumber: google

Buat masa sekarang, agensi Joong-ki berurusan dengan impak ini dengan memberikan alasan yang pelakon ini sedang berehat dari membuat penampilan awam.

Ha, tulah, lain kali nak lepaskan orang buat cara baik, sekarang mendapatlah…

 

Baca:“Mesti menyesal bekas suami!” Song Hye Kyo ‘Balas Dendam’, Tampil Seksi & Bergaya Sakan Lepas Cerai

Screenshot 2019 08 07 At 3.41.11 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.