“Mesti menyesal bekas suami!” – Song Hye Kyo ‘Balas Dendam’, Tampil Seksi & Bergaya Sakan Lepas Cerai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seperti semua tahu, bintang drama Korea kegemaran ramai, Song Hye Kyo dan Song Joong-ki dilaporkan telah sah bercerai 22 Julai lalu.

Sumber: E!News

Perceraian pelakon utama drama terkenal Descendant of The Sun ini telah membuatkan ramai fans dorang sedih dan ada yang sampai menangis-nangis. Uhuhu! Kesian korang ye…

Tapi nampaknya Song Kye Kyo tak bersedih lama. Dia bangkit dan kembali ‘pasang badan’ semasa kemunculannya di Monaco baru-baru ni, lapor Soompi

 

Tampil elegan dalam majlis dinner barang kemas di Monaco 

Pada 25 Julai lepas, beberapa foto Song Hye Kyo telah dimuat naik berkaitan satu event dinner barang kemas Chaumet yang dihadirinya di Monaco sebagai duta dari Asia.

Menerusi foto-foto tersebut, Song Hye Kyo dilihat memang betul-betul berubah dari segi gaya dan penampilan apabila kelihatan elegan dan seksi sepanjang majlis tersebut diadakan.

Sumber: Soompi

 

Dress dan barang kemas yang menawan naikkan aura jelita Hye Kyo 

Pemilihan dress dan barang kemas yang dipakainya pada malam itu memang telah menaikkan aura kejelitaannya yang berjaya memukau hadirin yang hadir pada malam tersebut.

Tengoklah mekap Hye Kyo tu. Nampak garang tapi menawan sangat! 

Sumber: Soompi

 

“Mudahan Joong-ki menyesal ceraikan Hye Kyo” – Netizen

Rata-rata netizen memang memuji penampilan terbaru Hye Kyo selepas cerai ini. Ada juga yang berharap bekas suami pelakon wanita itu menyesal sebab ceraikan wanita secantik Hye Kyo. Dah cantik, pandai berlakon dan kaya pun kena tinggal dengan suami kan? Haish tak fahamlah! 

Sumber: Twitter

Min nak cantik macam Song Hye Kyo boleh? Hiks! 

Baca: Pelakon Korea Park Bo Gum Buat Peminat Malaysia ‘Cair’ Bila Dia Nyanyi Lagu Belaian Jiwa Dengan Fasih

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!