“Tua tua pun nak bergaduh” – Buang Barang Masuk Ke Dalam Rumah Jiran, Pasangan Suami Isteri Parah Kena Tikam!

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tua tua pun nak bergaduh” – Buang Barang Masuk Ke Dalam Rumah Jiran, Pasangan Suami Isteri Parah Kena Tikam!

Hidup berjiran ini sebenarnya tak susah kalau kita seorang yang peramah dan saling menghormati antara satu sama lain. Yang paling penting janganlah biadap dengan jiran dan buat perkara yang boleh mendatangkan marah mereka.

Seperti contoh, perkara yang berlaku baru-baru ini di Flat Padang Tembak, Georgetown, Pulau Pinang. Menurut Astro AWANI, sepasang suami isteri parah ditikam akibat melontar barang ke dalam rumah jiran. Aduhaii!

Lontar barang dari tingkat enam masuk ke dalam rumah di tingkat lima?

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi ini bermula apabila suspek berang lepas pasangan suami isteri di tingkat enam telah melontar barang masuk ke dalam rumahnya di tingkat lima.

Akibatnya, berlaku pertengkaran mulut antara mereka bertiga sehingga si isteri yang berusia 41 tahun yang tak dapat mengawal kemarahan telah memukul kepala suspek dengan tin biskut. Tak cukup dengan itu, ibu suspek yang ada di tempat kejadian pulak ditolak hingga terjatuh. Uish sampai macam tu sekali! 

Img 0033
Sumber: Blog

Berang emak ditolak jatuh, suspek tikam mangsa di dada dan perut

Disebabkan marah dengan tindakan isteri jiran menolak ibunya hingga jatuh, suspek yang sedang memotong buah bertindak menikam wanita berkenaan. Suami wanita yang sedang bergelut dengan suspek pula ditikam pada bahagian dada dan perut. Aduhai… 

61555954246 Pisau
Sumber: Astro AWANI

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, menerusi siasatan awal, ketiga-tiga mereka memang dah selalu terlibat dalam pergaduhan walaupun berkaitan hal kecil. 

Mangsa kini dilaporkan tidak stabil dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang. Manakala suspek berusia 45 tahun pula alami patah hidung, bengkak mulut dan pipi serta luka di jari.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh.

81555952709 Freesize
Sumber: Astro AWANI

“Duduk flat memang macam tu lah. Dengan hal sampah, berebut parking” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini nampaknya lebih memihak kepada suspek dan ramai yang beranggapan mangsa kedua-duanya itu sangat biadap kerana menolak ibu suspek jatuh.

Apa-apapun ramai yang mengakui, beginilah lumrah hidup di flat. Benda kecil pun boleh jadi pergaduhan besar.

Tikam
Sumber: Facebook

Harap mangsa cepat sembuh dan tidak lagi mengulangi perbuatannya. 

Baca: “Seriauuu!” – Penghuni Flat Konpius Macam Mana Ular Sebesar Lengan Boleh Naik Hingga Ke Tingkat 14?

Ulaq

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tua tua pun nak bergaduh” – Buang Barang Masuk Ke Dalam Rumah Jiran, Pasangan Suami Isteri Parah Kena Tikam!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tua-tua-pun-nak-bergaduh-buang-barang-masuk-ke-dalam-rumah-jiran-pasangan-suami-isteri-parah-kena-tikam/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM