in

“Seriauuu!” – Penghuni Flat Konpius Macam Mana Ular Sebesar Lengan Boleh Naik Hingga Ke Tingkat 14?

Ular Tingkat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam keadaan musim atau cuaca tak menentu ni, ramai yang cakap haiwan berbisa seperti ular akan keluar dari sarangnya untuk mencari tempat yang lebih sejuk atau omputih cakap ‘cozy’ untuk berlindung.


Tapi tak logik dek akal jugaklah apabila baru-baru ni, seorang netizen merakamkan video viral menunjukkan seekor ular besar bersaiz lengan manusia dewasa ditemui sedang menyorok dalam rumah flat tingkat 14. Uish macam mana dia panjat naik setinggi tu?? 

 

“Ular tu menjalar di leher anak saudara perempuannya… Hasilnya mengejutkan semua, bagaimana ular sebesar itu ada di tingkat setinggi 14” 

Menerusi perkongsian di Facebook Puan FZia, dia memaklumkan bahawa seekor ular sawa besar lengan orang dewasa telah ditemui dalam rumah jirannya bernama Ida. Lebih mengejutkan, bagaimana ular sebesar itu berjaya naik ke tingkat 14??

“Secara tidak logik, ular sawa besar lengan orang dewasa berada dalam rumah flat blok C tingkat 14 rumah ida jiran sy.

“Ular itu menjalar di leher ank saudara perempuannya berumur 18 tahun.. Apabila menyedari ular tu, dia terus menepis.. dan melarikan diri dan keluar dr bilik tidur dan menalipon sy dan suami segera ke rumahnya dalam jam 5 pagi tadi..

“Setengah jam kemudian bomba datang.. Hasilnya amat mengejutkan semua, bagaimana ular sebesar itu boleh berada di tingkat setinggi 14..”

Posted by Puan Fawzia Amir Fawzy on Tuesday, March 19, 2019

Posted by Puan Fawzia Amir Fawzy on Tuesday, March 19, 2019

54255698 2522875691120727 2421657721473335296 N

55576920 2522875617787401 3199097843440680960 N
sumber: facebook

 

Menyorok di bawah katil rupanya… 

Antara banyak-banyak video yang dikongsikan netizen ini, admin paling ngeri melihat anggota bomba mengeluarkan ular tersebut dari bawah katil mangsa. Nasib baiklah dia tak belit mangsa masa tengah tidur kan? Besar dan panjang pulak tu ular tersebut. Takuttt!

Posted by Puan Fawzia Amir Fawzy on Tuesday, March 19, 2019

54233819 2522875761120720 8599505222244499456 N

55514022 2522875837787379 7425256542133288960 N
sumber: facebook

Apa-apapun admin pesan kepada korang semua sama ada duduk di rumah bawah ke atau rumah flat, berhati-hati dan sentiasa pantau keadaan sekeliling rumah. Haiwan sejenis ni pandai menyembunyikan diri.  

Baca: Seram! Ular Sawa Sepanjang 6 Meter Tumpang Tidur Atas Bumbung Rumah

Ular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.