in

Tolak Tawaran Anwar Sertai Kerajaan, TS Muhyiddin Mahu PN Kekal Sebagai Pembangkang

Ft Muhyiddin Dedah Ph Ajak Kerjasama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. atas tawaran untuk bekerjasama dengan partinya bagi membentuk satu Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan beliau.


Nak kekal sebagai pembangkang

“Perikatan Nasional mengucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas tawaran supaya PN menyertai Kerajaan Persekutuan pimpinan beliau.”

Screenshot 2022 11 25 171311

Namun begitu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8 itu menegaskan bahawa pihaknya berpendirian untuk menjadi pembangkang.

“Atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, Perikatan Nasional berpendirian untuk tidak menyertai kerajaan yang diterajui oleh PH.”

“PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tdbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras denagn prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.”

Walaubagaimanapun, beliau mengatakan bahawa PN bersedia untuk merintis bentuk-bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang. Ia demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Baca : PRU 15: Premier Sarawak Bertemu Muhyiddin, Gabungan Parti Bakal Terjadi?

Cover 3 E1668923578287

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.