in

PRU 15: Premier Sarawak Bertemu Muhyiddin, Gabungan Parti Bakal Terjadi?

Cover 3 E1668923578287

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Situasi ini sekaligus menjadikan Parlimen tergantung.

Dalam satu ciapan beberapa minit lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau ada menerima kunjungan Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS untuk membincangkan berkenaan pembentukan Kerajaan Persekutuan.


Sambung bekas Perdana Menteri Malaysia itu, rundingan tersebut turut dibuat bersama parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas. Jelas beliau, Kerajaan Persekutuan akan dibentuk dalam masa terdekat.

Untuk rekod, kira-kira jam 11 pagi tadi, sebuah kenderaan dipercayai telah membawa Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di kediaman Muhyiddin.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) diperlukan oleh PN dan PH yang masing-masing memperoleh 73 dan 82 kerusi Parlimen. Kedua-dua parti ini tidak memiliki jumlah yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

GPS menang di 22 kerusi parlimen manakala GRS pula 6 kerusi.

Kredit: Malaysian Gazette

BACA: PRU 15: Syed Saddiq Mahu Fokus Berkhidmat Untuk Rakyat, Akui Terhutang Budi Kepada Penduduk Muar

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.