in

Muhyiddin, Syed Saddiq Antara 13 Ahli Parlimen Tandatangani CSA Dengan Kerajaan

Ft Syed Saddiq 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perkembangan signifikan dalam politik tanah air harini apabila kerajaan secara rasmi memeterai Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) bersama 14 Ahli Parlimen di bangunan Parlimen.

Ia disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.


Artikel berkaitan : Tan Sri Muhyiddin Buat Pusingan U, Bakal Pertahan Jawatan Presiden Bersatu Untuk 1 Penggal Lagi

Artikel berkaitan : “Lawan, bersatu teguh, bercerai kahwin lagi” – Respons Gabenor Kalimantan Tengah Isu Kebakaran Hutan Buat Ramai Terkedu

14 Ahli Parlimen terlibat termasuk Syed Saddiq

Mou2133 164282

Ianya diketuai oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama 5 lagi wakil rakyat partinya dengan kehadiran Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin serta Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Perjanjian tersebut turut disertai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta 6 bekas wakil rakyat Bersatu yang sebelum ini pernah menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Mou144 640213

Sementara itu, kerajaan pula diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, serta Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Di bawah perjanjian ini, kesemua wakil rakyat berkenaan menggesa kerajaan melaksanakan beberapa reformasi institusi sebelum tamat penggal pentadbiran, termasuk menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan memisahkan peranan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya.

Screenshot 2026 10 29 162615

Selain itu, mereka turut menuntut agihan peruntukan dana pembangunan kawasan pada kadar sama rata seperti yang dinikmati wakil rakyat penyokong kerajaan ketika ini.

Kesemua Ahli Parlimen terbabit memberikan komitmen penuh untuk menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim sehingga ke penghujung penggal Parlimen semasa, termasuk menyatakan sokongan terhadap Belanjawan 2027.

Sumber : malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.