in

“Tragedi Oktober sangat ni” – Syamsul Debat Selamba ‘Troll’ Peminat Man Utd

Page 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, Ustaz Syamsul Debat merupakan antara penceramah selebriti ternama di Malaysia. Beliau dikenali dengan gayanya yang begitu ‘sempoi’ dan sering menyelitkan jenaka-jenaka sinis dalam perkongsian ceramahnya.


Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video yang dilihat dalam mood menyayat hati melalui akaun Tiktok miliknya, @saudagarsusu.

@saudagarsusu

TRAGEDI OKTOBER !!!! KENA TENGOK #fyp

♬ original sound – Syamsul Debat – Syamsul Debat

Pada awalnya, beliau mengetengahkan rasa simpati terhadap pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang tidak dapat menyertai Piala Malaysia. Ini kerana sebahagian besar daripada para pemainnya diserang wabak Covid-19, menyebabkan pasukan itu tidak ada pilihan selain menarik diri dari kejohanan tersebut.

Selepas memberi penekanan terhadap isu tersebut, beliau menyatakan bahawa perkara itu belum cukup menyedihkan lagi. Macam ada udang di sebalik batu je ni…

Masih dengan intonasi yang menyedihkan, beliau kemudian membuka topik berkenaan pasukan Manchester United yang baru-baru ini kalah teruk kepada musuh ketat mereka, Liverpool.

Tak sangka pula kita akan dikejutkan dengan berita yang tak disangka-sangka yang berlaku nun di Old Trafford sana. Kesian, tuan-tuan..”

Dalam pada beliau terus ‘bahan’ pemain-pemain Man Utd yang rata-ratanya merupakan pemain terkemuka, Syamsul Debat juga secara perlahan-lahan membuka jaketnya, menonjolkan jersi Liverpool yang dipakai dari awal video lagi. Amboi, halus je ustaz punya troll, ya? 

Kepada penyokong-penyokong Liverpool, sama-sama kita sampaikan ucapan kepada penyokong-penyokong Manchester United dengan ucapan, You Never Walk Alone.

Rata-rata netizen di ruangan komen turut menyambung troll dari beliau. Bukan saja penyokong Liverpool, malah penyokong Man Utd turut terhibur dengan gelagat Syamsul Debat.

2 105 73 94 8   1 9

Jarang tak kelakar tau Ustaz Syamsul Debat ni. Harap-harap fans Man Utd banyakkan bersabar lah ya…

BACA: “Betul punya marah!” – Lelaki ‘Koyak’ Man Utd Kalah, Terus Balik Tanpa Baju

8 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.