in

“Betul punya marah!” – Lelaki ‘Koyak’ Man Utd Kalah, Terus Balik Tanpa Baju

Page 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini suka tengok bola? Korang sokong pasukan mana? Kalau Manchester United, Min yakin mesti mood korang mungkin tak berapa baik sekarang.

Kalau korang mengikut rapat perkembangan semasa Liga Perdana Inggeris (EPL), pasti korang tahu bahawa baru-baru ini pasukan Liverpool telah membelasah musuh ketat mereka, Manchester United dengan keputusan 5-0 di gelanggang Old Trafford.


Keputusan yang agak memalukan tersebut menimbulkan kemarahan ramai penyokong The Red Devils, hingga ada yang buat keputusan untuk campak jersi sampai ke bumbung! Alamak… marah sangat tu, bang.

https://twitter.com/sukanstar/status/1452445489203351553?t=zvIydVRXMgANvoH3tcpTAg&s=19

Melalui akaun Twitter Sukan Star, seorang lelaki dilihat sedang menonton perlawanan tersebut beramai-ramai pada skrin besar di sebuah warung. Melihat prestasi pasukannya didominasi oleh pihak lawan, lelaki tersebut terus mengamuk dan mengoyakkan jersi Man Utd yang dipakainya.

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut turut bertindak mencampak jersi malang itu hingga ke bumbung warung tersebut. Aksi lelaki itu menjadi hiburan kepada orang sekeliling yang turut tertawa.

Lelaki tersebut naik berang lalu menendang sesuatu di lantai, sebelum berjalan pulang tanpa memakai baju. Keras betul hati abang ni.

Di Twitter, rata-rata netizen terhibur melihat lelaki itu ‘koyak’. Sebenarnya tindakan beremosi ketika menonton bola sepak ni boleh dikatakan normal, lagi-lagi bila pasukan yang kita sokong tu kalah teruk. Tapi kalau dah macam tu gaya marahnya, siapa je tak terhibur?

E 2 F 4 Q 2 R 2 W 3

Kalau korang pula macam mana? Malu tak lepak mamak tapi pakai jersi pasukan yang kalah?

Sumber: Twitter Sukan Star

BACA: Agensi Nafi Jisoo BLACKPINK dan Pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-Min Bercinta

A 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.