in

“Macam bom atom Hiroshima Nagasaki!” – Letupan Dahsyat di Beirut, Dunia Terkejut Lihat Video Tragedi Live Dari Pelbagai Arah

Lebanon Bom

Berita dua letupan besar yang menggegarkan sebuah pelabuhan di ibu kota Beirut, Lebanon malam semalam telah mengejutkan seisi dunia.

Menerusi laporan BBC, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang Selasa, waktu tempatan itu berpunca daripada bahan letupan yang disimpan dalam gudang selama 6 tahun.

Susulan tragedi tersebut, ratusan orang awam dilaporkan cedera dan puluhan lagi terkorban.

Melalui video yang dikongsikan orang ramai di media sosial, impak letupan tersebut dapat dilihat sangat kuat sekali sehingga ia menggegarkan kawasan berdekatan dan mengeluarkan asap berbentuk ‘mushroom’ yang hampir serupa dengan letupan bom atom Hiroshima dan Nagasaki. Allahuakhbar! 

Dalam pada itu, letupan kedua yang berlaku di lokasi yang sama juga telah mengeluarkan cahaya berwarna jingga dan mencetuskan gelombang nyata yang mengejutkan orang sekeliling.

Giphy

Rata-rata pengguna Twitter menzahirkan rasa sedih dan berkongsi beberapa lagi video letupan tersebut live daripada pelbagai arah seperti dibawah:

Marilah kita sama-sama doakan semoga rakyat Lebanon tabah menghadapi dugaan ini. #StayStrongBeirut #PrayForLebanon

Baca: Travel Alert! Kementerian Luar Negeri Keluar Notis, Nasihat Batal Percutian Ke Negara Teluk Susulan Ketegangan US-Iran

Travel