Trafik Sesak di LDP, Rupanya Ada Lelaki Bogel Jalan Kaki Tengah Lebuh Raya

Tambah ke Sumber Pilihan
Trafik Sesak di LDP, Rupanya Ada Lelaki Bogel Jalan Kaki Tengah Lebuh Raya

Pengguna lebuh raya pasti sudah biasa mengharungi kesesakan lalu lintas, lagi-lagi kalau waktu kemuncak semasa semua orang berpusu-pusu untuk pergi ke kerja ataupun pulang ke rumah masing-masing.

Tapi, kadang-kadang ada juga kesesakan jalan raya yang disebabkan oleh kemalangan ataupun perkara lain. Tapi korang pernah jumpa ke lelaki yang bogel jalan dekat highway? Tu pun boleh menyebabkan jammed juga tu.

Orang awam yang menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada pagi, Khamis (24 November) dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang sedang berjalan kaki tanpa seurat benang di tubuhnya.

Screenshot 2022 11 25 174417Sumber: Twitter

Rakaman video 12 saat yang memaparkan pejalan kaki bogel itu telah tular di laman Twitter dan dipercayai lelaki tersebut mengalami masalah mental, lapor mStar.

“Punca jem di LDP today dibawa oleh…. #MentalHealthMatters,” tulisnya di ruangan kapsyen ciapan itu.

Mungkin dia mempunyai penyakit mental

Screenshot 2022 11 25 172023Sumber: mStar

Dalam pada masa yang sama, seorang lagi saksi yang melalui lebuh raya berkenaan untuk ke tempat kerja turut berkongsi pengalamannya menerusi Instagram story.

Menurut saksi, mungkin lelaki tersebut mempunyai penyakit mental hingga menyebabkan dia sanggup melakukan aksi sedemikian.

“Kesian awak sakit, might be you sick,” tulisnya.

Dapatkan bantuan…

Kepada siapa-siapa yang memerlukan bantuan mengenai kesihatan mental boleh menghubungi Befrienders di 03-7627 2929 atau boleh layari laman web di www.befrienders.org.my. 

Selain itu, kepada orang awam yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesihatan mental boleh rujuk laman web www.mmha.org.my.

Ini rupanya sebab LDP jammed semalam…

Baca : “Anggap je sebagai cardio” – Lelaki Berjalan Kaki 26KM Untuk Balik Rumah Gara-gara LRT Rosak

Berjalan Kaki 26Km Balik Rumah Sebab Lrt Rosak 758X399 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Trafik Sesak di LDP, Rupanya Ada Lelaki Bogel Jalan Kaki Tengah Lebuh Raya
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/trafik-sesak-di-ldp-rupanya-ada-lelaki-bogel-jalan-kaki-tengah-lebuh-raya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM