“Tok kadi pun malas tanya byk soalan” – Netizen Terpegun Tengok Akad Nikah Jarak Jauh Sebab Kena Social Distancing

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selalunya cuti sekolah ni mesti banyak kenduri kawin sana sini. Tapi nak buat macam mana, banyak kenduri terpaksa tanggah sebab menyahut arahan kerajaan untuk elak berkumpul secara ramai-ramai.

Kali ni admin nak share pasal satu peristiwa yang menarik waktu Perintah Kawalan Pergerakkan ni. Menerusi Twitter @mohdkautharr, satu video akad nikah dijalankan secara berjauhan tanpa menyentuh juru nikah dan tak melibatkan ramai orang. Cuba korang tengok sendiri video kat bawah ni.

 

Tok kadi pun malas tanya banyak soalan

Admin rasa tok kadi mesti nak settle benda tu cepat-cepat. Buat perkara rukun je kan senang. Ni nak tanya soalan banyak-banyak sampai berpeluh pengantin lelaki tu pun payah gak. Paling tak leh tahan semua berdiri je pulak tu. Tak payah nak berbantal-bantal.

Betul, ikut perkara rukun je. Tak perlu nak beriya nak itu ini. Janji semua rukun sempurna dan sah. Settle terus.

Haa.. admin baru perasan. Rupanya tok kadi tu dalam rumah sebalik pagar. Memang betul-betul mengamalkan budaya kerja dari rumah. Patuh arahan betul!

Admin pun rasa sebak. Jadi sejarah untuk cerita ke anak cucu, nikah tanpa salam tok kadi dan sebalik pagar rumah. 

Buat korang yang duduk rumah tu, kekalkan dirumah. Jangan gatal kaki nak keluar jalan-jalan hujung minggu ni. Stay safe ye semua!

 

Baca: “Baru berapa hari duduk rumah dah tak betul” – Netizen Tergelak Tengok Lelaki Ini Pakai Baju ‘Predator’ Keluar Rumah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.