Sudahlah terpaksa terima kenyataan kakinya tinggal sebelah saja lepas ni, lepas tu diminta jadi isteri pula kepada lelaki yang menyebabkan kemalangan itu. Itulah yang dilalui seorang wanita bernama Ma apabila dia terlibat dalam kemalangan Oktober lepas selepas pulang dari rumah salah seorang rakannya, lapor AsiaOne.
Menurut Ma, sebelum kejadian dia sebenarnya menghadiri makan malam yang dianjurkan kawannya di sebuah restoran dan ketika itu Zhang turut dijemput. Kata Ma, kawannya sengaja ajak Zhang kerana mahu mereka berdua berkenalan.
Selepas melihat Zhang, Ma terus nak balik sebab tak berminat tapi kawannya merayu supaya dia tunggu sekejap untuk ‘tunjuk muka’. Lepas dah minum beberapa botol bir di restoran, mereka teruskan rancangan untuk ke bar berdekatan.
Di sana, Ma dan Zhang minum beberapa gelas wine sebelum wanita itu mahu beredar. Namun, Zhang terus rampas kunci basikal elektrik Ma dan tak bagi dia pergi.
Saya minta balik kunci itu tapi dia tak bagi. Dia paksa saya naik kereta dan bawa ke kawasan perumahan tempat dia tinggal.”
Lepas saya protes banyak kali, baru dia setuju untuk hantar saya pulang kira-kira jam 3 pagi. Tiba-tiba saya dapat rasa kereta terbalik dan kaki saya sangat sakit. Saya pengsan dan bila sedar, kaki kanan saya sudah dipotong.”
Pada mulanya, Zhang beri wang tunai sebanyak 90,000 Yuan (RM52,953) sebagai ganti rugi namun dia enggan membayar kos tambahan untuk pembedahan Ma pada November lepas kerana kakinya terdapat jangkitan.
Menurut ibu Ma, Xia Jinhua dia terpaksa meminjam 50,000 Yuan (RM29,418) daripada saudara mara dan kawan-kawan untuk bayar bil perubatan anaknya itu. Bagaikan mengambil kesempatan di dalam kesempitan, Zhang bersetuju untuk membayar ganti rugi itu hanya jika Ma mahu berkahwin dengannya!
Ma bagaimanapun tetap dengan pendiriannya dan menolak lamaran Zhang itu. Pihak polis kini sedang menyiasat tentang kemalangan yang berlaku dan bakal mengambil tindakan sepatutnya terhadap Zhang.
Zhang berdepan tuduhan jenayah kerana menyebabkan kecederaan dan lesennya mungkin akan dibatalkan.
Baca: “Remuk kereta tu” – Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dilanggar Pemandu Mabuk