“Time nak record lah stuck” – Netizen Tergelak Tengok Lelaki Ni Frust Sebab Phone ‘Hang’ Sampai Ziana Zain Tegur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Zaman sekarang ni, kalau ada benda best mesti laju je tangan nak capai phone  kan? Misalnya kalau ada artis tu tengah perform lalu kat depan kita.

Mesti kita cepat-cepat nak record kan? Sama lah macam Haziq, ketika Ziana Zain nak lalu depan dia, masa tu lah phone nak buat hal. Kesian ada, rasa nak tergelak pun ada, sebab phone admin pun macam tu.

 

Time nak record lah phone stuck”

Dalam sebuah majlis, mungkin untuk program hari raya atau pra ramadhan, Ziana Zain sedang menyanyikan lagu rayanya Indah Di Hari Raya. Pada waktu itu Ziana Zain sedang berlegar-legar di ruangan penonton.

Sampai di hadapan Haziq ni, dia pun capai telefon bimbit untuk merakamnya. Ye lah, tengah excited kot, admin pun akan buat macam tu rasanya.

Tapi sayangnya handphone dia tu pula boleh hang, lebih melucukan lagi sampai Ziana Zain sendiri yang tegur buatkan orang ramai yang menyaksikannya tergelak.

Memandangkan video tersebut viral di Twitter sampai raih lebih 28,000 retweets dalam masa 2 hari, ada yang tertanya-tanya model handphone apa yang lelaki ni pakai. Ada yang kata android dan ada yang kata bukan, tapi ini jawapan daripada tuan empunya badan.

 

Meh sini tuan empunya henfon sendiri cakap

 

Sumber : Twitter

Ramai netizen terhibur melihat gelagat mereka berdua ni. Ya lah dapat perhatian bukan calang-calang orang, Ziana Zain kot, mungkin phone tu pun nervous tu yang sampai hang tu.

 

Phone pun jeles – Netizen

Ada yang sanggup nak pura-pura buat macam Haziq kalau ada artis kat depan dia sebab nak perhatian daripada artis tu kecuali yang sorang tu, hihihi siapakah iteww? Korang baca lah sendiri kat Twitter.

Bagaimanapun, ramai yang memuji sikap Ziana Zain yang begitu mesra melayan peminat dan sikap rendah dirinya biarpun sudah dianggap sebagai lagenda. Oh! Btw, Happy birthday Ziana Zain!

Baca : Bukan Nyah Lagi, Ini Ziana Zain 2 Yang Baru!

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?