in

Bukan Nyah Lagi, Ini Ziana Zain 2 Yang Baru!

Ziana Zain 2 Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa ingat dengan Ziana Zain 2? Kalau dulu, setiap kali Ziana Zain buat persembahan, di situlah jugak peminat setia yang menggelarkan dirinya Ziana Zain 2 ni berada. Malah pernah satu masa tu ketika Ziana jadi juri dalam satu rancangan realiti, peminat setia ni cuba nasib dalam menyertai pertandingan tu hanya kerana nak bertemu dengan idolanya tu.


Dhovffovqaeg 9A
sumber: twitter

Namun Ziana Zain 2 atau nama sebenarnya Nik Aidi Azhar ni bukan macam dulu lagi. Kalau sebelum ni, Aidi gemar memakai pakaian menyerupai wanita dan bergaya macam idolanya. Kali ni, dia benar-benar sudah berubah!

Melalui posting Instagram Ziana Zain 2 yang baru, dia kelihatan sudah berubah dengan memakai jubah dan serban serta kerap berkongsi perihal agama di laman sosialnya sebagai satu pengajaran dan keinsafan buat semua. 

Ziana 1
sumber: instagram
Ziana 2
sumber: instagram
Ziana 3
sumber: instagram

Malah perubahan Aidi jugak mendapat perhatian pereka fesyen, Annas Easkey yang berkongsi sebuah posting di Twitter.

Annas
sumber: twitter

Rata-rata netizen yang melihat perubahan ini memuji tindakan Aidi dan mendoakan supaya dia terus istiqamah dengan perubahannya. Ada jugak sempat meminta supaya perubahan Aidi ni tak ditularkan sebab takut jadi macam Safiey Ilias 2.0 pulak. Uhuhu harap janganlah macam tu!

Zz2
sumber: twitter

Syukurlah Ziana Zain 2 dah kembali ke pangkal jalan. Marilah kita doakan semoga dia terus kuat menghadapi penghijrahan ini. Amin! 

Baca: Daripada Yana Kepada Harry, Baca Kisah Perjalanan Transgender Ini Kembali Ke Fitrah Asal

Harry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.