in

Tiga Lelaki Berang Alat Hisap Shisha Disita, Serang Penguatkuasa Dengan Pedang Samurai

Parang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya kerana pihak berkuasa menyita peralatan menghisap shisha, tiga lelaki mengambil keputusan untuk menyerang penguatkuasa menggunakan pedang samurai semalam.


Menurut Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada jam 10 malam itu bermula apabila penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menyerbu premis perniagaan menjual shisha di Jalan Bayam dan merampas beberapa peralatan di situ.

Sakit hati dengan tindakan penguatkuasa, sekumpulan lelaki merosakkan dua buah kenderaan MPKB-BRI yang digunakan malam tersebut menggunakan pedang samurai di Persimpangan Paya Rambai, Jalan Bayam.

19875526 313894349064988 1460938064223398409 N 1
sumber: facebook

Tidak cukup dengan itu, tiga orang suspek telah ke rumah Ketua Unit Operasi MPKB-BRI, Mohd Halimi Md. Salleh di Berek 12 (berdekatan dengan lokasi premis shisha) dan merosakkan dua buah kereta serta tingkap hadapan rumah mangsa.

19961117 313894365731653 3851614392395360253 N
sumber: facebook

Tindakan jenayah suspek bagaimanapun telah berjaya dirakam kamera litar tertutup di premis tersebut. Melalui rakaman CCTV, salah seorang suspek dilihat bertemu dengan Mohd Halimi untuk memberi amaran supaya tidak mengganggu perniagaan mereka. Lelaki tersebut kemudian naik angin dan cuba untuk menyerang pegawai tersebut.

19989312 313894429064980 2852745654726558833 N
sumber: facebook
19895068 313894402398316 6527893938944474105 N
sumber: facebook
19990572 313894449064978 887133464047999941 N
sumber: facebook

Beliau bagaimanapun berjaya dilindungi oleh beberapa orang pegawai penguatkuasa.

“Mereka mencari saya untuk memberi amaran supaya tidak mengganggu perniagaan shisha mereka yang menyalahi Seksyen 102 (2) Akta 171 Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil Perniagaan,” kata Mohd Halimi.

Beringat sebelum nak buat apa-apa tindakan. Kan tak pasal pasal kena masuk dalam lokap!

Baca: Berang Kedai Makan Disita, Peniaga Larikan Lori Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Sita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.