in

Berang Kedai Makan Disita, Peniaga Larikan Lori Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Kedai Sita Penang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Berang Kedai Makan Disita, Peniaga Larikan Lori Majlis Bandaraya Pulau Pinang
Loading
/

Akibat bengang selepas peralatan di kedai makannya dirampas penguatkuasa, dua lelaki bertindak melarikan lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Persiaran Gurney malam semalam.


Mereka yang juga pekerja di sebuah gerai makanan laut di Jalan Tanjung Tokong dilihat bertengkar dengan 12 pegawai MBPP yang datang dengan sebuah lori. Disebabkan gerai tersebut tidak mempunyai lesen dan juga beroperasi secara haram, pegawai penguatkuasa memutuskan untuk menyita barangan perniagaan mereka.

Capture 20170505 101747
sumber: harian metro

Kedua-dua pekerja tersebut kemudian berlari ke arah lori MBPP yang tidak dimatikan enjin dan membawa lari lori berkenaan.

Mereka seterusnya merakam sebuah video berdurasi tiga minit sebelum memandu kenderaan tersebut menuju ke Balai Polis Pulau Tikus.

Rakaman tersebut dipenuhi dengan kata-kata makian dari kedua-dua peniaga yang meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap MBPP dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng oleh kerana perniagaan mereka disita.

P****** Lim Guan Eng. Kedai Cina, p**** hampa tak halau, kedai Melayu hampa nak halau.” 

Sungguhpun lori berkenaan diekori pegawai MBPP dengan motosikal yang meminta mereka berhenti, namun kedua-dua lelaki itu tidak mengendahkannya.

Lori milik MBPP itu akhirnya diberhentikan dekat pintu masuk Balai Polis Pulau Tikus dan mereka membuat laporan terhadap MBPP kerana mengganggu perniagaan mereka.
18221796 1929746967262779 7817351156433716745 N
sumber: facebook

Menurut salah seorang peniaga, Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain,

Saya membuat laporan ini kerana saya tidak berpuas hati dengan cara MBPP melayan Melayu Bumiputera.”

Katanya juga, dia pernah memohon lesen dari MBPP sebanyak 3 kali sebelum ini, namun tidak diluluskan. Malah MBPP menyita barang perniagaan mereka tanpa memberi amaran terlebih dahulu.

Walaupun begitu, kedua-dua peniaga itu telah pun ditahan dan pihak polis masih menjalankan siasatan akan kejadian tersebut.

Sejak akhir-akhir ini makin menjadi-jadi pula kes larikan kenderaan pihak berkuasa. Fikir dulu sebelum buat apa-apa tindakan ye semua… 

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.