Memandangkan video insiden tersebut viral, Info Roadbloack JPJ/POLIS melaporkan bahawa ada individu yang dikatakan anggota polis di dalam video terbabit tampil memberikan keterangan dan menceritakan hal sebenar.
Dikhabarkan, anggota polis tersebut membuat laporan di Balai Polis Sg Way. Ia bertujuan untuk perlindungan diri daripada disalah erti sebelum viral lebih meluas lagi.
Hanya acah-acah, tak tumbuk pun
Mengakui individu tersebut adalah dirinya apabila melihat penularan video seakan-akan menumbuk penunggang motor itu di media sosial pagi tadi, anggota polis trafik itu menafikan yang dia ada melakukan kekerasan kepada penunggang motor tersebut.
Anggota polis itu hanya memberi amaran dan peringatakan kepada penunggang terbabit yang cuba lari selepas dia mengarahkan lelaki tersebut untuk berhenti, tetapi penunggang terbabit enggan dan motosikal nya telah terlanggar kakinya di Lebuhraya Persekutuan.
Kata anggota polis itu lagi, dia menggunakan budi bahasa dengan memberikan penerangan terhadap kesalahan yang penunggang itu telah lakukan dengan cara mengacah – ngacah tangannya seakan menumbuk tapi tidak kena pada mana – mana bahagian anggota badan penunggang terbabit.
Walaubagaimanapun, 3 keping saman pol 257 telah dikeluarkan kepada penunggang m/sikal atas berbagai kesalahan.
Ohh begitu kisahnyaaa…..
Baca : [Video] Viral Polis ‘Naik Tangan’ Pada Penunggang Motor Tepi Jalan Dekat Federal Highway?