in

[Video] Viral Polis ‘Naik Tangan’ Pada Penunggang Motor Tepi Jalan Dekat Federal Highway?

Polistrafik10

Satu video yang kini sedang viral di media sosial memperlihatkan beberapa individu yang dipercayai anggota polis trafik memukul seorang penunggang motosikal.

Difahamkan kejadian ini baru sahaja berlaku sebentar tadi di Lebuhraya Persekutuan dan mengundang kemarahan netizen.

 

Polis ‘naik tangan’

Dalam video berdurasi 37 saat itu, dilihat 2 anggota polis sedang menahan penunggang motor. Lelaki tersebut membuka topi keledar sebelum dipukul di bahagian muka. Dilihat seperti ditumbuk ada, diilempang pun ada, korang tengok sini.

Ramai netizen bengang apabila melihat tindakan ‘pihak berkuasa’ itu. Rata-rata netizen dengan pantas tag akaun rasmi Polis Diraja Malaysia berharap agar tindakan segera dilakukan.

Biarpun punca insiden masih belum dikenal pasti, ada juga yang beranggapan bahawa mungkin ada perkara yang dilakukan oleh penunggang motor itu  yang membuatkan anggota polis tersebut melakukan tindakan sedemikian.

 

Buang jelah uniform tu – Netizen

Polistrafik2 Polistrafik3 Polistrafik4 Polistrafik5 Polistrafik6

 

Baca : “Kalau orang tu langgar undang-undang gari je lah” -[Video] Netizen Bengang Polis Sepak Terajang Penunggang Motosikal Di tepi jalan

Polis