in

“Tidak benar, beliau dipecat kerana berkomplot”- Najib Razak Saman Fitnah Muhyiddin Yassin

Ft Najib Saman Muhyiddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan pendedahan beliau semasa mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.



Menurut Utusan Malaysia, beliau dan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan bakal dikenakan tindakan kerana didakwa menghina mahkamah.

 

‘Rakus’ kuasa?

Pm Letak Jawatan 2

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menerusi peguamnya akan menfailkan saman berkenaan ekoran dakwaan Tan Sri Muhyiddin mengatakan terdapat pihak yang ‘rakus’ kuasa demi jawatan nombor satu negara.

Katanya lagi, sebaliknya Tan Sri Muhyiddin yang sanggup tikam belakang Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mengkhianat gabungannya (Bersatu) untuk merampas kuasa selepas parti itu kalah kepada Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tajung Piai, Johor, pada 2019.

“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan Parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tidak benarkan Ordinan Darurat dibentang sehingga terpaksa menipu Yang di-Pertuan Agong?

“Siapa yang rakus kuasa sehingga sanggup sogok-menyogok ahli-ahli Parlimen? Ini bukan rakus kuasakah?.”

Dalam pada itu, semalam  Wan Saiful berkata, Muhyiddin sejak awal lagi mendambakan kestabilan politik supaya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi tumpuan kepada usaha menangani pandemik Covid-19 namun keadaan bertukar malang disebabkan ada pihak tertentu yang rakus dan berniat untuk merosakkan kestabilan yang dikecapi.

Najib Saman Muhyiddin

Pada 4 Ogos lalu, TS Muhyiddin menyatakan bahawa dirinya menerima tekanan beberapa pihak supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah namun beliau menegaskan bahwa tidak melayan tuntutan itu dan mengorbankan prinsip serta membelakangi sumpah jawatannya.

Namun begitu, TS Muhyiddin tidak menyatakan secara spesifik individu tersebut, yang dikatakan ‘menekan’ beliau untuk mencampuri urusan mahkamah bagi membebaskan sesiapa yang terlibat dalam dalam kes mahkamah.

Walaubagaimanapun, Wan Saiful mendakwa antara kes yang dimaksudkan oleh Muhyiddin adalah membabitkan Ahmad Zahid yang meminta Muhyiddin menggugurkan kes-kesnya di mahkamah manakala Najib pula didakwa pernah meminta Muhyiddin menukar hakim dalam proses rayuannya.

 

 

Dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh saya disebabkan isu 1MDB, Tidak benar – Najib Razak

Sementara itu, Najib Razak juga turut mengulas tindakan TS Muhyiddin dengan mendakwa jalan paling mudah untuk beliau mengekalkan kuasa ialah bersubahat dengan golongan kleptokrat’ tetapi beliau tidak berbuat demikian.

“Ia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah begitu teruk sekali kepada BN pada PRK Tanjung Piai dan mula minta nyawa pada kami.”

“Tidak cukup dengan itu, beliau kata dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh saya disebabkan isu 1MDB (1 Malaysia Development Berhad).

“Tidak benar, beliau dipecat kerana berkomplot dengan Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak tahun 2014 untuk menumbangkan saya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri – jauh sebelum isu 1MDB lagi,”

Perangai dia sebijik dengan Tun Mahathir. Buat video propaganda sedih-sedih. Suka lempar tuduhan tidak berasas.Saya…

Posted by Najib Razak on Monday, August 16, 2021

Katanya Najib lagi, beliau bukan seorang yang suka melemparkan tuduhan tidak berasas malah  beliau juga mencabar Muhyiddin untuk membuat laporan polis bahawa terdapat pihak yang ‘mengarahnya’ menganggu kes-kes utama namun tidak berani.

 

Baca : “Confirm ramai tengok!” – Trailer Baru Netflix Dirty Money Season 2 Buat Pasal Skandal 1MDB, Ada Najib & Rosmah!

Collage 70

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.