in ,

“Confirm ramai tengok!” – Trailer Baru Netflix Dirty Money Season 2 Buat Pasal Skandal 1MDB, Ada Najib & Rosmah!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Nampaknya Datuk Seri Najib dan isteri dia Datin Seri Rosmah telah berjaya mengatasi pelakon-pelakon dekat Malaysia ni!

Sebab, baru-baru ni Netflix keluarkan trailer dokumentari Dirty Money Season 2, dan dalam tu ada pasangan popular ni! Fuyooo

Kalau korang nak tahu, dokumentari ini akan ditayangkan di Netflix pada 11 Mac dan bekas perdana menteri kita akan tampil dalam salah satu episod series ini.

Dalam deskripsi Netflix, ia mengatakan Dirty Money Season 2 ni akan tunjukkan cerita disebalik skandal, salah laku kewangan dan rasuah dalam dunia perniagaan.

Season baru ini akan menunjukkan hartanah empayar Jared Kushner, skandal perbankan Wells Fargo dan kes rasuah 1MDB Malaysia.”

Sementara itu, Datuk Seri Najib masih lagi menjalani perbicaraan tentang dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan 1MDB manakala Datin Seri Rosmah sedang dibicarakan atas dakwaan penglibatannya dalam projek hibrid solar di Sarawak.

Korang boleh tengok trailer penuh Netflix kat bawah ni:

Fuh, tak sabar pulak nak tengok macam mana orang luar pandang kes ni.

 

Baca: “You PM you patutnya take charge!” – SPRM Dedah Perbualan Rosmah Bagi ‘Nasihat’ Pada Najib

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: