in

Kerajaan MADANI Umum Ikhtiar Baharu PKPS e-Invois Sehingga 2027 Demi Ringankan Kos Pematuhan PMKS

Einvois Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan MADANI secara rasmi mengumumkan dua ikhtiar tambahan yang bertujuan untuk mengurangkan kos pematuhan serta memudah cara proses pelaksanaan e-Invois dalam kalangan warga industri.

Langkah proaktif yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ini menyaksikan pengenalan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) e-Invois yang akan berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2027, khususnya bagi menyokong sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).


Einvois

Sebagai dorongan intensif, kerajaan turut bersetuju mempercepat pemberian insentif cukai yang membenarkan tuntutan penuh elaun modal dalam tempoh satu tahun bagi perbelanjaan kelengkapan teknologi maklumat (ICT) serta kos pembangunan perisian berkaitan.

Einvois Pmx 2

Bagaimanapun, lanjutan tempoh ini tidak seharusnya dijadikan alasan oleh komuniti perniagaan untuk melengahkan komitmen persediaan mereka.

Ketua Jabatan Cukai, KPMG Malaysia, Lian Seng, mengingatkan bahawa fasa kelonggaran ini sepatutnya dilihat sebagai tempoh transisi dan bukannya ruang untuk menangguh tanggungjawab.

Kpmg Pfp

Artikel berkaitan: Lebih 230,000 Pembayar Cukai Guna e-Invois, HASiL Tingkat Pematuhan Cukai

Artikel berkaitan: RM3.5 Bilion ‘Terlepas’ Dari Cukai, HASiL Dedah Semakan e-Invois

“Perniagaan yang menangguhkan persediaan sehingga saat-saat akhir pada tahun 2027 berkemungkinan besar bakal berhadapan dengan masalah kesesakan operasi, peningkatan kos pelaksanaan, serta kekangan sumber tenaga pakar ekoran permintaan teknologi yang melonjak mendadak,” ulas Lian Seng.

Beliau menambah, meskipun insentif Elaun Pelepasan Dipercepat (ACA) membantu memulihkan aliran tunai, ia tidak membiayai sepenuhnya perbelanjaan modal (CAPEX) awal bagi integrasi sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) yang kompleks.

Walau bagaimanapun, jurang digital ini ditangani dengan baik oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) melalui penyediaan platform percuma seperti MyInvois Portal dan MyInvois e-POS.

Kemudahan ini membolehkan entiti perniagaan berskala kecil mematuhi keperluan perundangan tanpa perlu terbeban dengan kos pelaburan perisian yang tinggi.

Kejayaan inisiatif ini bergantung sepenuhnya kepada tindakan awal syarikat dalam memanfaatkan tempoh lanjutan yang diberikan.

Sumber: Kemeterian Kewangan & HASiL

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.